- Back to Home »
- tips »
- Tips ke 60 - pegangan kamera mengelakkan gambar kabur
Posted by : fandi
Rabu, 20 Julai 2011
tips kali ini sangat asas. ia merujuk kepada cara pegangan kamera. ini bukanlah " guide" yang mesti anda ikut tetapi ia berkesan kepada saya untuk mendapatkan gambar yang 'sharp' walaupun menggunakan shutter speed yang perlahan. berikut merupakan 3 kaedah pegangan kamera yang biasa saya gunakan:
cara pegangan biasa yang betul
cara pegangan tegak yang betul. kebanyakan kita suka memegang tegak dengan mengangkat ketiak dan cara ini kadangkala agak biadap terutama jika pelanggan kita adalah orang kenamaan. cara lain adalah dengan menggunakan batery grip untuk komposisi menegak.
cara ini menggantikan tripod jika kita tiada tripod namun ia hanya membantu untuk shutter speed yang tidak terlalu perlahan. contohnya 1/5s. ia sangat berkesan untuk mendapatkan gambar yang sharp kerana badan kita digunakan sepenuhnya dan diseimbangkan dengan berat badan kita sendiri.
diharapkan entri ini membantu anda mendapatkan gambar yang sharp.sebarang pertanyaan dan komen amat dialu- alukan.
sekian
salam Affandi..
Banyak yg akak dapat belajar hari ni.. thanks..:)