- Back to Home »
- informasi , wedding »
- Wedding- My Best Friend Wedding ( Khidir dan Mira) - akad nikah
Posted by : fandi
Selasa, 31 Januari 2012
Assalamualaikum semua
entry kali ini berkaitan dengan majlis perkahwinan kawan baik saya. nama dia Khidir, seorang pemilik bengkel kereta di Masjid Tanah Melaka.
saya telah mengenali beliau sejak darjah satu sehingga lah sekarang. seorang kawan yang baik dan pemalu. kini beliau sudah mengakhiri zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati Mira. berikut merupakan gambar- gambar semasa akad nikah dijalankan pada 27hb 1 yang lepas...
sewaktu pengantin sedang menunggu untuk akad nikah saya sempat merakam gambar ini. pengantin perempuan tersenyum disebalik orang ramai.
gambar ini sewaktu penagntin lelaki disoal pelbagai soalan. maklumlah sebelum akad nikah :)
wajah sebelum akad nikah.
wajah selepas sah menjadi suami isteri
moment yang saya akan tunggu untuk merakam adalah wajah pengantin perempuan sesudah sahaja sah menjadi isteri. sepanjang pengalaman saya merakam gambar perkahwinan hampir kesemua pengantin perempuan akan menangis selepas sah menjadi isteri. momen seperti ini sangat mahal bagi mereka. jadi sebagi fotografer kita perlu alert dengan momen ini.
meng amin kan bacaan doa.
pemberian mas kahwin
acara menyarung cincin
acara ciuman " Batal Air Sembahyang"
adik ni sangat comel :)
adik ni pun sangat comel :)
Majlis tepung tawar
antara dua darjat... :P
say Cheese....
senyuman
ibu bapa pengantin perempuan
keluarga pengantin lelaki
itulah serba sedikit gambar akad nikah bagi pasangan Khidir dan Mira. Tunggu sambungan gambar-gambar yang lain pada entry akan datang. sekian terima kasih
u always give the best:)