Posted by : fandi Isnin, 16 April 2012

Salam semua

kamera pinhole saya akhirnya telah siap. dengan menggunakan plat nipis dan jarum yang berdiameter 0.3mm dan jarak fokus 45mm maka saya telah menghasilkan sebuah kamera pinhole yang mempunyai Fstop ~f150 iaitu saiz aperture yang lebih kurang f150..


untuk permulaan ini saya menggunakan filem kodak colorplus yang mempunyai ASA200 atau ISO200. pengiraan shutter speed pula memerlukan banyak try and error. namun dengan adanya maklumat seperti saiz aperture maka kebarangkalian untuk mendapatkan exposure yang tepat amat tinggi. 

kaedah yang saya rancang adalah dengan menggunakan bulb mode dan juga shutter kertas seperti gambar kedua. disebabkan oleh pinhole memerlukan shutter speed yg sangat perlahan ( bergantung pada waktu rakaman) maka kertas hitam digunakan sebagai shutter dan kiraan shutter speed adalah dalam saat. kita boleh guna jam tangan sebagai saat.

bagaimana untuk mengira shutter speed anda bolehlah melayari laman web berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Exposure_value

InsyaAllah apabila selesai sahaja saya merakam gambar menggunakan filem saya akan upload hasilnya di blog ini. filem tersebut mempunyai 36 exposure atau kita boleh merakam sebanyak 36 keping gambar. belum tentu lagi kesemua 36 keping gambar akan memberikan hasil yang diingini.. itulah risiko yang perlu dihadapi apabila menggunakan kamera filem berbanding kamera digital.

sekian


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography