Posted by : fandi Sabtu, 14 April 2012

Assalamualaikum

sekarang saya sedang membuat satu projek iaitu membuat satu kamera filem pinhole. anda boleh baca entry yang lepas di SINI tentang kamera pinhole.

Terdapat banyak cara untuk membuat kamera lubang jarum ini dan salah satunya ialah menggunakan body kamera filem analog yang sudah tidak digunakan lagi:


saya telah mendapatkan kamera filem analog berjenama Nikon FM10. apa yang menarik dengan body kamera ini adalah kerana ia mempunyai mode BULB iaitu mode yang membuka shutter mengikut berapa lama yang kita perlukan. disebabkan oleh kamera pinhole menggunakan exposure yg sangat lama ( sehingga 5 minit mengikut saiz lubang ) maka penggunaan mode bulb amat membantu.

selain itu juga tujuan lain menggunakan body kamera ini adalah untuk memudahkan filem untuk digulungkan setiap kali gambar dirakam. kita boleh membuat kamera pinhole menggunakan perbagai benda seperti tin atau kotak mancis tetapi saya gunakan body kamera lama untuk tujuan memudahkan filem disimpan dan digulung tanpa merosakkan filem.

langkah seterusnya saya akan membuat satu plat yang nipis dan akan membuat satu lubang pada plat tersebut sebelum dilekatkan di bahagian kamera tersebut. project pinhole akan bersambung pada entry akan datang

sekian :)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography