Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Jenama Jenama Kamera di Dunia

Assalamualaikum

Entry hari ini merupakan info am sahaja. buat pengetahuan korang la kan, terdapat berpuluh jenis jenama kamera di dunia ini. Mungkin kita selalu dengar kamera jenama Nikon, Canon Fuji dan Sony sahaja. gambar di bawah ni menunjukkan senarai jenama kamera yang masih aktif membuat kamera dan digunakan di serata dunia. Malah ada diantaranya berharga ratusan ribu ringgit. Misalnya jenama seperti Leica, Hasselblad dan Mamiya.

Namun setiap satunya mempunya persamaan iaitu merakam gambar yang menarik. Dengan asas dan ilmu fotografi yang betul kita mampu menghasilkan gambar yang bagus tidak kira apa jenis kamera yang kita gunakan. Kamera cuma alat untuk kita gunakan untuk merakam gambar dan bagaimana sesuatu gambar itu menjadi bagus bergantung pada ilmu dan pengetahuan kita. sekian info dari saya



Isnin, 15 April 2013
Posted by fandi

Ebook Percuma!!! Pengenalan Asas Fotografi

Assalamualaikum semua

Hair ini saya ingin berkongsi sebuah ebook yang saya tulis sendiri dan ebook ini adalah percuma. 
Saya bercadang untuk mengadakan siri ebook percuma dan ia akan saya buat secara berperingkat.

Sebagai pengenalan saya ingin berkongsi ebook
"Pengenalan Asas Fotografi"

yang menerangkan tentang Shutter Speed, ISO dan Aperture dalam Bahasa Malaysia dan diterangkan secara santai sahaja. anda boleh baca secara online atau boleh download ebook tersebut dalam bentuk PDF di link berikut:




diharapkan ebook ini dapat membantu korang yang masih baru nak berjinak dalam fotografi.

Sekian terima kasih

Tags: Ebook fotografi, tips asas fotografi, fotografi
Sabtu, 13 April 2013
Posted by fandi

Custom Album layout Marisya & Muhammad

Salam semua

Hari ini saya nak kongsikan layout custom album yang saya buat untuk pelanggan saya baru-baru ini iaitu untuk majlis Pertunangan Dr Marisya dan pasangan Muhammad.

Secara peribadi saya suka menggunakan layout yang ringkas tanpa border atau frame dan lebih menumpukan kepada gambar moment dalam majlis tersebut.

Layout-layout ini diinspirasikan oleh sifu-sifu saya dalam fotografi iaitu Ikram Ismail (ikramismail.net) dan juga Norizam Sabran (norizamsabran.com).

Secara ringkasnya custom album (atau storybook) mestilah direka dengan mengikut cerita dari awal sehingga akhir majlis berlangsung. Dengan kata lain ia merupakan album sinopsis kepada majlis tersebut. Pemilihan gambar yang sesuai amatlah memberi kesan kepada album tersebut. 

Gambar-gambar di bawah merupakan design penuh bersaiz 10x24 inci ( saiz album selepas print 10x12 inci) mengikut susunan dari awal sehingga akhir dan diakhiri dengan cover depan dan belakang.. 

CLICK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS














 cover hadapan

cover belakang


Sabtu, 12 Januari 2013
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography