Posted by : fandi Rabu, 23 Mac 2011

Assalamualaikum semua.
sedar tidak sedar kita sudah ke tips fotografi yang ke-50!! tips kali ini merupakan tips yang penting buat anda yang baru menjinakkan diri dalam bidang fotografi. tips kali ini adalah tentang komposisi dalam fotografi.
berikut saya senaraikan beberapa jenis komposisi yang boleh membantu anda mendapatkan gambar yang diingini. enjoy =) 

simetri - keseimbangan antara kiri dan kanan.

selective focus and color - fokus terpilih dan warna.. kita memilih titik fokus yang berlainan atau warna yang berbeza. seperti contoh bunga di atas yang berbeza warna dengan warna sekeliling.


ruang - komposisi ruang kosong dan penuh atau positif dan negatif seperti dalam gambar di atas.


point of view or angle - biasanya kita selalu merakam secara "eye level". dengan menggunakan sudut yang lebih tinggi atau rendah maka pemandangan dalam gambar akan lebih berbeza dan memberi impak. sebagai contoh gambar di atas yang mana saya merakam melalui sudut atas.


perspektif  dan leading line - memberikan impak pemandangan yang semakin menjauh disebabkan oleh kesan garisan lurus atau bengkok. seperti jalan raya di atas.

Great Depth of field - keluasan lapangan fokus yang besar menyebabkan seluruh frame adalah sharp dan jelas. sesuai untuk landskap. 

shallow depth of field - keluasan lapangan fokus yang kecil menyebabkan subjek utama di asingkan oleh 'blur' yang disebabkan oleh aperture yang besar atau kesan 'zoom' lensa.

 horizon line - garisan horizon yang rata dan sekata memberikan impak yang menarik terutama untuk merakam landskap.

frame - menggunakan ruangan yang sedia ada sebagai frame kepada subjek utama kita.

rule of third - merupakan teknik komposisi yang wajib diketahui. boleh baca entry tentang rule of third yang saya tulis pada entry yang lepas di SINI

terdapat banyak jenis komposisi di dalam fotografi. akan tetapi kesemua yang saya kongsikan di atas bukanlah "rule" yang wajib diikuti. ia cuma suatu "guideline" untuk anda mendapatkan gambar yang baik. kadangkala ada sesetengah gambar yang tidak mengikuti sebarang undang-undang komposisi mampu menjadi gambar yang WOW. akan tetapi kesemua teknik komposisi di atas WAJIB diketahui sebelum anda "break the rule" =)

diharapkan entry kali ini memberi informasi kepada anda dalam mendapatkan gambar yang diinginkan.


4 Responses so far.

  1. yangyuyu says:

    thanks fundee for the tips...gamba2 semua cantik:)

  2. wah..cantik la..saya nak tahu kamu dah bertapak dalam bidang ni berapa lama?

  3. fandi says:

    kak ummi: thanks =)
    Jezz: saya baru lagi dalam bidang fotografi.. sejak penghujung 2009 =)

  4. Yuyun says:

    waa...baru lagi..pengetahuan dlm bidang ni mcm dah lama.. thanks sudi kongsi tips2 dlm web nih


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography