Posted by : fandi Khamis, 2 Jun 2011

Musin cuti persekolahan mesti ramai yang mempunyai 'job' seperti perkahwinan, bercukur, majlis keramaian dan sebagainya. sebelum kita ke lokasi kita perlulah menyiapkan beberapa perkara penting:

1. pastikan kamera berfungsi dengan baik dan seelok-eloknya ada dua 'body' kamera sebagai 'back up'..
2. bersihkan lensa -lensa yang digunakan.
3. mengosongkan kad memori
4.menyediakan kad memori lebih sebagai 'back up'
5. flash berfungsi dengan baik
6.peralatan lain seperti diffuser, tripod, filter, cleaning set dan sebagainya yang perlu sudah disediakan.
7. bateri kamera di cas dengan cukup dan sediakan bateri tambahan yag cukup untuk majlis berkenaan.
8. masukkan kesemuanya dalam beg kamera yang sesuai.
9. sediakan pakaian yang kemas serta kad perniagaan untuk tujuan publisiti
10.pastikan kenderaan yang digunakan dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang masalah untuk ke lokasi.
11. merancang konsep dan kaedah fotografi yang ingin digunakan semasa merakam pada hari kejadian.
12. tidur awal.

dan banyak lagi perkara yang mungkin perlu bagi kita. jadi sediakan 'checklist' dan sediakan apa yang perlu sebelum ke lokasi.persiapan-persiapan sebegini amat-amat penting kerana pelanggan membayar khidmat kita dengan wang yang banyak dan kita sebagai pemberi khidmat perlulah memberikan perkhidmatan terbaik dan memuaskan hati pelanggan..barulah kita boleh jaga reputasi dan mendapat banyak 'job' dikemudian hari insyaAllah.... selamat menjalankan tugas =)

4 Responses so far.

  1. Nida says:

    Salam Dzul..

    Kak Nida ingin bertanya.. baru2 ini kamera Nikon akak ada masalah.. bila press button utk snap gambar, macam susah... tekan banyak2 kali tapi still begitu.. tapi kadang2 ok pula, tp bila pilih M (manual) pada lensa.. ok pula ...rasa2 Dzul kenapa ye..

    Puas mencari apa penyebabnya... :(

  2. A FUN DEE says:

    kemungkinan autofokus lensa kak nida ada masalah.. sbb bila kak nida tukar kepada M mode kamera ok.. jadi saya rasa baik check di service center.. masih ada warranty kan?

  3. Nida says:

    oo.. nanti akak pi hantar check.. thanks ye:)

    p/s: sedihnya tarikh APO tu cik hubby dah balik sini (NZ), hari tu mungkin sempat (4 Jun)

  4. A FUN DEE says:

    yeke.. so sekarang kak nida ada di NZ? bulan 6 ni agak sibuk sikit bagi saya...takpe nanti bila blk msia lagi?


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography