Posted by : fandi Isnin, 21 November 2011

Salam semua

saya kembali ke Houston untuk urusan kerja. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa ada sebarang masalah. berikut adalah ringkasan perjalanan saya.

perjalanan mengambil masa yang agak lama. pada hari Jumaat jam 10 pagi saya memulakan perjalanan dari melaka menaiki kereta bersama keluarga dan bergerak ke rumah sewa di Puchong, dan seterusnya bergerak ke KLIA pula. flight bermula jam 7.30 malam menuju ke Dubai untuk transit pertama. perjalanan ke Dubai mengambil masa 7 jam dan transit di Terminal 3 selama 4 jam sebelum menaiki flight berikutnya terus ke lapangan terbang Intercontinental Airport Houston. perjalanan dari Dubai Ke Houston pula mengambil masa hampir 17 jam. selesai selesai sahaja urusan imigresen selama sejam saya menaiki Limosin ke Hotel yang mengambil masa selama 30 minit dari Airport dan sampai ke hotel pada 11.30 hari sabtu tengahari waktu US( Tambah 10 jam untuk waktu Malaysia ) .begitulah flashback saya  =)



family saya yang menghantar saya ke KLIA. yang depan ni mak sedara saya, yang kedua Mak saya, yang ketiga mak Usu saya dan yang hujung sekali Ayah saya.


cik Tunang kesayangan pun turut ada :)

tiba di Airport Dubai. berehat di starbuck ada pula seorang mat saleh dari Australia yang turut duduk di situ. kami berborak seketika sambil menunggu waktu flight masing-masing. tapi lupa pula nak tanya nama dia :P


sedikit view yang sempat saya rakam di Terminal 3 Dubai Airport



Tuan tanah nak masuk jugak :)

suasana di kedai kopi


simetrikal di ruangan atas terminal

selamat sampai di Houston dan pemandu Limosin sedang membawa saya ke hotel.


:)

inilah gambar di Luar hotel tempat saya menginap :)

awan memang biru

gambar dekat sikit. nama hotel ni La Quinta Inn & Suite 

ruang hotel


Bilik saya 303


dan tempat pertama saya tuju sesudah sampai je ialah katil!!! =)

Perjalanan memang meletihkan. InsyaAllah kali ini saya akan update lebih banyak tips dan gambar edisi Houston. sila tunggu =)

sekian







4 Responses so far.

  1. wah..mcm best je hotel tu..tp nmpk suram..hikhik..btw,naek limosin tuuuuuu....:)

  2. nice blog bro Dzul! Thanks for share :). Please come and see my blog also : http://suitincase.blogspot.com/.
    Thanks :)!

  3. fandi says:

    syg..hehe jgn jeles okeh..

    Yose.. terima kasih... :)

    shahrul azwad.. best2 :)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography