Posted by : fandi Rabu, 12 September 2012

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini maklumat mengenai kamera kompak yang mempunyai sensor "full frame" yang dikeluarkan oleh sony bakal dilancarkan tidak lama lagi.

kamera tersebut dinamakan RX1. ia mempunya saiz sensor penuh yang sama seperti model Leica M9, 5DMarkII dan lain-lain. akan tetapi ia hanya mempunyai satu lensa yang tetap iaitu lensa Carl Zeiss Sonnar 35mm f2.0. Wow besar juga saiz aperture bagi lensa tersebut dan pastinya jika kamera ini benar-benar dikeluarkan pasti menarik untuk dimiliki.

antara spesifikasi lain yang mungkin dimiliki oleh kamera RX1 adalah:

- 24 Megapixel
- 14 Bit RAW file
- iso range 100-25,600
- 5 fps continuous shooting
- HD video
- magnesium body
- 3-inch LCD screen
- optional optical and electronic external viewfinder

antara gambar-gambar RX1 yang tersebar:

pandangan sendeng

pandangan depan

pandangan atas


perbezaan saiz sensor 

ianya masih lagi dikategori "rumor" atau khabar angin akan tetapi dengan tersebarnya gambar dan spesifikasi kemungkinan besar kamera ini akan dilancarkan. terdapat khabar angin ia akan dijual dengan harga USD2800. jika ia benar maka ia mampu menjadi pesaing yang rapat dengan jenama kamera Leica M9 yang mempunyai harga yang 3 kali ganda lebih mahal.

Pada saya kamera ini sangat menarik dan sesuai untuk digunakan dalam street photography.



2 Responses so far.

  1. eton says:

    teknologi seakin berkembang maju nampaknya..

  2. fandi says:

    eton: a ah.. ia merupakan kamera yang menarik dimiliki. namun kekurangan pada lens yang tetap agak memberi kelemahan pada produk kamera ni.


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography