Posted by : fandi Selasa, 13 Disember 2011

Salam semua.

entry kali ini berkenaan percubaan saya menggunakan Lensa Potret 85mm f1.4 jenama Rokinon yang dibuat oleh syarikat Lensa 'Third Party' di Korea di atas nama Samyang dan diedar dalam pelbagai jenama lain seperti Rokinon, Falcon, Bower, Vivitar, Bell & Howell dan sebagainya. Namun pada dasarnya ia diperbuat dari syarikat yang sama iaitu Samyang. Saya telah mendapatkan satu "copy" atas jenama Rokinon. lensa ini merupakan lensa potret MANUAL iaitu memerlukan kita fokus secara manual. lensa ini merupakan lensa potret yang mempunyai jarak fokus yang sangat bagus untuk merakam potret kerana ia menghasilkan "Bokeh" yang sangat menarik. Lensa ini dicipta untuk kamera bingkai penuh atau "Full Frame" akan tetapi apabila digunakan pada kamera APS-C maka jarak fokus akan menjadi ( 85 x1.5 = 127.5mm ) untuk kamera Nikon dan Pentax manakala untuk kamera Canon ( 85 x 1.6 = 136mm).

inilah lensa yang dimaksudkan.. mempunyai aperture yang besar iaitu f1.4 dan mempunyai Depth of Field yang sangat nipis. pada jarak 85mm ia memberikan kesan "blur" yang sangat menarik. kesemua gambar di bawah saya rakam menggunakan aperture 1.4 , iso 400 dan shutter speed diantara 1/20-1/60 bergantung pada keadaan cahaya. kesemuanya adalah "handheld" dan difokus secara manual.


kesan "blur" bulat-bulat itu dinamakan bokeh.









rakan saya dari Indonesia iaitu Yose Rizal sudi menjadi "Test model" untuk lensa ini. terima kasih ::)




secara peribadi saya lebih kepada fotografi "aperture besar" kerana saya menggemari gambar yang "Bokeh". secara ringkasnya lensa ini sesuai untuk merakam potret namun memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan fokus manual dan memerlukan kita melatih mata untuk melihat dengan lebih tajam. lensa yang mempunyai "autofocus" berharga 4 kali ganda lebih mahal daripada  lensa manual ini, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad atau lebih suka bereksperimen dengan manual fokus.

diharapkan entry kali ini memberikan sedikit informasi tentang lensa 85mm.
sekian terima kasih.

4 Responses so far.

  1. yangyuyu says:

    mencabar la manual focus-memang bokehlicious:)

  2. fandi says:

    kak ummi: yep memang mencabar.. tp kalau untuk kegunaan merakam potret xda masalah guna manual fokus sebab subjek kita yang kawal. yang penting bokeh :)

  3. aaah bagus kali foto mu Dzul ^^.

  4. nasir says:

    salam, nk tanya lens haraga brape ye?n bli katne? thanks


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography