Posted by : fandi Isnin, 12 Disember 2011

Salam semua

pada weekend lepas sempat juga saya bersiar-siar bersama rakan sekerja di bandar Austin Texas. jarak dari Houston lebih kurang 3 jam menaiki kereta. memang banyak tempat menarik yang terdapat di sana tetapi saya hanya sempat melawat satu tempat iaitu Texas State Capitol Austin iaitu bangunan pentadbiran lama yang kini hanya menjadi tarikan pelancongan di sana.

saya di depan bangunan tersebut dengan Tshirt I Love Photography yang saya beli dari noorizamsabran.com. 


saya merakam kesemua gambar menggunakan kamera kompak Leica Dlux 5/ Panasonic LX5 dan sedikit "touch up" menggunakan PICASA dan frame dan watermark menggunakan PHOTOSCAPE.






terdapat kumpulan orkestra yang memainkan alunan muzik untuk pelawat-pelawat.


 
ini merupakan tour guide kami semasa melawat di dalam bangunan tersebut.



lelaki ini sedang melihat gambar lukisan yang menggambarkan peperangan yang pernah tercetus di kawasan ini pada masa dahulu.

gambar lampu yang menarik minat saya. 


pokok Krismas yang diletak di tengah-tengah bagunan sebagai simbolik sambutan Krismas yang hampir tiba.


pelawat sedang khusyuk mendengar taklimat.

sedikit rakaman dalaman bangunan



bentuk simetrikal tangga yang menarik perhatian saya.

rasanya tidak puas untuk saya menjelajah Austin disebabkan oleh masa yang terhad. mungkin akan datang bila berpeluang lagi ke USA saya akan menjelajah lebih banyak lokasi. minggu hadapan saya akan pulang ke Malaysia. :)

sekian Terima Kasih


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography