Posted by : fandi Isnin, 28 Mac 2011

Assalamualaikum semua

hari ni saya nak berkongsi tips bagaimana nak dapatkan gambar yang ada kesan zoom tanpa menggunakan software. dengan cara mendapatkan kesan tersebut semasa merakam gambar tersebut. contoh gambar adalah:



bahan-bahan yang diperlukan:
1) DSLR beserta kitlens
2) tripod yang kukuh
3) pemilik DSLR =)

ok hanya 3 bahan yang diperlukan. cara-caranya ialah:

1) Tetapkan subjek yang hendak dirakam. contohnya kereta
2) letakkan kamera di atas tripod dan halakan ke arah subjek.
3) Guna mode Shutter priority atau mode manual dan setkan ke shutter speed yang perlahan ( contohnya 3 saat)
4) gunakan iso yang rendah dan aperture yang kecil ( kalau guna mode shutter priority aperture akan di set secara automatik).
5) semasa menekan shutter dalam masa yang sama anda pulaskan barrel lens dengan perlahan. gambar akan dapat kesan zoom.

kesan zoom pada gambar ini merupakan salah satu kaedah "slow shutter" yang amat menarik untuk di cuba.

jadi selamat mencuba ok =)

sekian



4 Responses so far.

  1. beaty says:

    wah akan cuba teknik...tq ya

  2. yangyuyu says:

    woo great la fundee will try:)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography