hoki ais -gambar kabur pun boleh menarik kalau kena caranya =)
salam
kadangkala gambar kabur juga boleh menjadi menarik jika tahu caranya =). kaedah yang saya gunakan adalah kaedah tracking/panning yang amat popular dalam sport atau action photography.
gambar-gambar di atas saya rakam semasa berjalan-jalan di sebuah mall di houston.. sangat teruja kerana pertama kali menonton perlawanan hoki ais secara depan-depan =)
ON
kesan manipulasi gambar kamera henpon nokia x3 3.2MP
tapi kali ini saya akan post beberapa gmbr yang saya rakam namun bukanlah menggunakan dslr tetapi menggunakan kamera hp nokia x3 saya..sebab waktu itu saya dalam perjalanan pulang dari kedai alat muzik dan tidak membawa DSLR saya.
post kali ini adalah berkisar bagaimana dengan hanya menggunakan kamera henpon anda boleh menghasilkan sesuatu yang menarik dengan memanipulasikan(edit) gambar tersebut. gambar-gambar yang akan saya tunjuk kesemuanya menggunakan PHOTOSCAPE kerasa ianya mudah, cepat dan percuma. tidak semua mampu untuk memiliki lesen photoshop yang mahal (jangan guna yang crack version tau, tak berkat terutama kalau buat duit.belilah yang original) jadi masih ada alternatif untuk memanipulasi gambar =)
gambar-gambar di atas saya cuma letakkan frame melintang.
gambar-gambar di atas saya cuma letakkan filter effect seperti film effect cinema dan cross processing.
antara bentuk manipulasi yang saya guna adalah menggunakan frame hitam yang besar, dan pada photoscape juga terdapat filter-filter yang boleh anda gunakan seperti:
film effect : cinema, cross processing dan lain-lain
vignetting dan sebagainya.
anda boleh cuba sendiri. walaupun dengan hanya kamera hp anda pasti boelh menjadikan ia menarik. anda boleh apllikasikan kaedah elemen-elemen seni seperti garisan, perspektif, simetri ruang dan bentuk dan sebagainya
salam
ON
saya di Houston USA =)
salam semua.. hareap semua pembaca sihat..
saya meneruskan jelajah saya sempena dengan urusan kerja dan kini saya berada di HOUSTON USA. Alhamdulillah saya selamat tiba pada 10 oktober 2010 jam 5 ptg waktu us.
agak meletihkan juga dengan tempoh perjalanan dari malaysia sehingga 32 jam. namun apa boleh buat. tugasan tetap diteruskan juga. dan pastinya 'teman baik' saya menemani saya untuk merakam gambar sepanjang berada di sini. saya kan kongsikan gambar-gambar yang menarik dan disamping itu juga saya akan selitkan tips2 seperti biasa =)
saya meneruskan jelajah saya sempena dengan urusan kerja dan kini saya berada di HOUSTON USA. Alhamdulillah saya selamat tiba pada 10 oktober 2010 jam 5 ptg waktu us.
agak meletihkan juga dengan tempoh perjalanan dari malaysia sehingga 32 jam. namun apa boleh buat. tugasan tetap diteruskan juga. dan pastinya 'teman baik' saya menemani saya untuk merakam gambar sepanjang berada di sini. saya kan kongsikan gambar-gambar yang menarik dan disamping itu juga saya akan selitkan tips2 seperti biasa =)
kolam mandi tempat di masa saya menginap
suite residence inn
selamat hari hantu =)
bendara USA
Hummer.. besar =)
saya bergambar dengan Hummer =)
akan datang saya akan pos lagi gambar-gambar menarik dan tips-tips terbaru =)
salam
ON
p/s: Alfatihah kepada mangsa kemalangan di lebuhraya Plus di simpang ampat Alor Gajah. saya baru je terbaca berita tersebut. salam takziah pada keluarga mangsa. Alfatihah..
Kebersihan Kamera
kamera seperti dslr adalah sesuatu alat yang sangat mahal. dan adalah perlu bagi kita menjaga kebersihan kamera tersebut. kenapa perlu kita membersihkan kamera ?
1. mengelakkan habuk dari masuk ke dalam kamera
2. mengelakkan fungus atau kulat daripada tumbuh pada lensa
3. lens atau sensor yang kotor akan menjejas kan kualiti gambar.
4. kos membaiki adalah sangat mahal. jadi dengan membersihkan dengan kerap dapat menjimatkan wang.
5. kamera dapat bertahan lebih lama
dan mungkin banyak lagi sebab kenapa kita perlu membersihkan kamera kita setelah diguna. namun bagaimana untuk kita membersikannya dan apakah alatan yang sesuai dan perlu ada pada seseorang fotografer?
1. mengelakkan habuk dari masuk ke dalam kamera
2. mengelakkan fungus atau kulat daripada tumbuh pada lensa
3. lens atau sensor yang kotor akan menjejas kan kualiti gambar.
4. kos membaiki adalah sangat mahal. jadi dengan membersihkan dengan kerap dapat menjimatkan wang.
5. kamera dapat bertahan lebih lama
dan mungkin banyak lagi sebab kenapa kita perlu membersihkan kamera kita setelah diguna. namun bagaimana untuk kita membersikannya dan apakah alatan yang sesuai dan perlu ada pada seseorang fotografer?
Blower
blower digunakan untuk membuang habuk dengan menggunakan angin. anda tidak digalakkan meniup dengan mulut untuk membuang habuk pada lensa atau sensor kerana tiupan angin dari mulut mengandungi wap air yang mungkin akan mencemarkan lensa dan sensor. gunakan blower untuk membuang habuk pada sensor kamera.
kain micro fiber adalah lebih sesuai digunakan untuk mengelap badan atau lens anda kerana ia sangat lembut dan tidak akan mencalarkan permukaan kaca lens dan body kamera. berus pula digunakan untuk membuang habuk yang besar yang sukar dibuang dengan menggunakan blower. dan akhir sekali cecair pencuci lensa yang dirumus khas untuk mencuci lensa bagi mengekalkan kualiti kaca lensa.
anda boleh mendapatkan kesemua alatan tersebut tidak sampai rm100. ia lebih baik daripada anda perlu membaikinya kamera kerana perlu mengeluarkan belanja besar. mencegah lebih baik dari membaiki =)
sekian jumpa lagi..
salam
ON
Jelajah minggu terakhir di dubai - burj khalifa
salam semua.. da hampir seminggu juga tidak pos entry baru.. maklum la agak sibuk dengan urusan kerja di UAE ni.. namun masih lagi saya berpeluang untuk menjelajah lagi ke bandar dubai. kali ni dapat berpeluang naik ke puncak bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. memang merupakan pengalaman yang saya tidak aan lupa kerana berada di atas menara yang sangat berprestij di dunia buat masa kini. saya sempat merakam beberapa gambar menarik sepanjang berada di sana. namun saya hanya pos beberapa sahaja yang terpilih untuk tatapan pengunjung blog ini. seperti biasa saya mengaplikasikan kaedah yang saya pernah beritahu sebelum ini iaitu simetri, geometri, landskap dan sebagainya. anda boleh merujuk entry2 yang lepas2 untuk mengetahui kaedah-kaedah yang saya praktikkan. dan dengan sedikit manipulasi daripada software photoscape saya menambah sedikit impak bagi menonjolkan warna dan daya penarik gambar-gambar tersebut.
sebelum naik ke atas mestilah amik sarapan dulu =)
saya snap sebelum naik ke atas.
simetri ruang. simetri bukan sahaja pada bentuk tetapi pada ruang.
kolam di hadapan burj khalifa
saya bergambar di hadapan model bangunan sebelum baik ke lif
cak! sudah berada di atas dengan kelajuan lif 10 m/s
ok da penat naik atas kami pun turun ke bawah semula dengan hati yang gembira. sempat snap gambar orang jalan-jalan =)
pergerakan
bergambar di luar sebelum ke tempat lain
tiba pula di pasar tradisional UAE yang menjual barangan tempatan. tapi gambar-gambar ni kawasan luar pasar. sebab sume pasar duk dalam dan ada aircond =)
ok sampai berjumpa lagi ya ?
salam
ON
sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.









