- Back to Home »
- tips »
- Kebersihan Kamera
Posted by : fandi
Rabu, 6 Oktober 2010
kamera seperti dslr adalah sesuatu alat yang sangat mahal. dan adalah perlu bagi kita menjaga kebersihan kamera tersebut. kenapa perlu kita membersihkan kamera ?
1. mengelakkan habuk dari masuk ke dalam kamera
2. mengelakkan fungus atau kulat daripada tumbuh pada lensa
3. lens atau sensor yang kotor akan menjejas kan kualiti gambar.
4. kos membaiki adalah sangat mahal. jadi dengan membersihkan dengan kerap dapat menjimatkan wang.
5. kamera dapat bertahan lebih lama
dan mungkin banyak lagi sebab kenapa kita perlu membersihkan kamera kita setelah diguna. namun bagaimana untuk kita membersikannya dan apakah alatan yang sesuai dan perlu ada pada seseorang fotografer?
Blower
blower digunakan untuk membuang habuk dengan menggunakan angin. anda tidak digalakkan meniup dengan mulut untuk membuang habuk pada lensa atau sensor kerana tiupan angin dari mulut mengandungi wap air yang mungkin akan mencemarkan lensa dan sensor. gunakan blower untuk membuang habuk pada sensor kamera.
kain micro fiber adalah lebih sesuai digunakan untuk mengelap badan atau lens anda kerana ia sangat lembut dan tidak akan mencalarkan permukaan kaca lens dan body kamera. berus pula digunakan untuk membuang habuk yang besar yang sukar dibuang dengan menggunakan blower. dan akhir sekali cecair pencuci lensa yang dirumus khas untuk mencuci lensa bagi mengekalkan kualiti kaca lensa.
anda boleh mendapatkan kesemua alatan tersebut tidak sampai rm100. ia lebih baik daripada anda perlu membaikinya kamera kerana perlu mengeluarkan belanja besar. mencegah lebih baik dari membaiki =)
sekian jumpa lagi..
salam
ON
tips yang berguna!
nak tanya.. camne gambar kat post kite kecik? nak besarkan gambar kat pos (jadi besar mcm gambar kat pos ni) camner are?
afzan: terima kasih.. selamat membersihkan kamera! =)
akusqoda: saya guna template blog yang khusus untuk fotografi.. boleh cuba cari di google tentang template fotografi. n masa upload gmbr tu save kan gambar guna large size =)