Posted by : fandi Isnin, 4 Oktober 2010

salam semua.. da hampir seminggu juga tidak pos entry baru.. maklum la agak sibuk dengan urusan kerja di UAE ni.. namun masih lagi saya berpeluang untuk menjelajah lagi ke bandar dubai. kali ni dapat berpeluang naik ke puncak bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. memang merupakan pengalaman yang saya tidak aan lupa kerana berada di atas menara yang sangat berprestij di dunia buat masa kini. saya sempat merakam beberapa gambar menarik sepanjang berada di sana. namun saya hanya pos beberapa sahaja yang terpilih untuk tatapan pengunjung blog ini. seperti biasa saya mengaplikasikan kaedah yang saya pernah beritahu sebelum ini iaitu simetri, geometri, landskap dan sebagainya. anda boleh merujuk entry2 yang lepas2 untuk mengetahui kaedah-kaedah yang saya praktikkan. dan dengan sedikit manipulasi daripada software photoscape saya menambah sedikit impak bagi menonjolkan warna dan daya penarik gambar-gambar tersebut.

sebelum naik ke atas mestilah amik sarapan dulu =)

saya snap sebelum naik ke atas.



simetri ruang. simetri bukan sahaja pada bentuk tetapi pada ruang.

kolam di hadapan burj khalifa

saya bergambar di hadapan model bangunan sebelum baik ke lif

cak! sudah berada di atas dengan kelajuan lif 10 m/s







ok da penat naik atas kami pun turun ke bawah semula dengan hati yang gembira. sempat snap gambar orang jalan-jalan =)


pergerakan

bergambar di luar sebelum ke tempat lain

tiba pula di pasar tradisional UAE yang menjual barangan tempatan. tapi gambar-gambar ni kawasan luar pasar. sebab sume pasar duk dalam dan ada aircond =)






ok sampai berjumpa lagi ya ?

salam

ON

5 Responses so far.

  1. afzan says:

    special effect zoom kat gambar breakfast tu menarik!

  2. A FUN DEE says:

    afzan: saya bukan guna photoshop untuk effect tersebut. saya hanya guna shutter yang perlahan dan semasa saya tekan shutter saya pusingkan barrel lens saya dan hasilnya adalah seperti gambar tersebut =)

  3. Zalies says:

    Wahhhh..jauh perjalanan....sempena kerja ke atau mmmg tujuan ke sana ambik gambar?...besar modal tu..hehehe...anyway.....nice shoot............

  4. salam..
    wah wonderful place, wonderful pic. Nice..teruskan perkongsian :).

  5. A FUN DEE says:

    Zalies: saya ke dubai sempena kerja.. belanja pasti besar jika pergi sendiri.. tapi klu berhajat rasanya berbaloi walaupun belanja besar =)

    nurr: thanks.. mmg cantik tempat di sana.. =)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography