outing broga esok!!!

salam semua..

kepada yang dah conform untuk pergi esok ke outing broga hill saya ucapkan selamat dalam perjalanan dan berhati-hati serta jumpa di sana.

kepada anda yang baru sahaja membaca tentang ni anda masih boleh join outing pada esok hari. detailnya boleh baca pada entry yang lepas di SINI

nantikan update gambar-gambar broga hill nanti ya =)

saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan pengikut blog www.afundee-photography.com. walaupun saya tak blogwalking tetapi masih ada yang setia membaca. dan dengan jumlah follower ke 200 saya akan mengadakan satu lagi contest photography. saya akan update pasal contest tersebut minggu hadapan.. tunggu ye.. hadiah lumayan menanti pemenang. (lihat entry contest yang lepas  di SINI)

ok sekian terima kasih =)
Jumaat, 14 Januari 2011
Posted by fandi

cuba "explore"

salam

dalam hidup kita kini banyak perkara yang perlu kita ketahui dan pelajari. kadang kala kita perlu ada seseorang yang mengajar kita dalam membuat sesuatu. belajar dengan guru. sesiapa sahaja boleh menjadi guru dalam hidup kita. samada formal atau tidak formal. belajar dengan guru merupakan tuntutan dalam Agama kita. jika tidak maka syaitan lah guru kita.

akan tetapi sesudah kita belajar sesuatu pernahkah kita terfikir untuk "explore" mengikut cara kita sendiri sesudah kita pelajari sesuatu?

contohnya dalam kontek fotografi. kita sudah belajar asas fotografi seperti aperture,shutter speed, iso dan komposisi sebagai contoh. dengan ilmu asas itu adakah kita hanya ingin tahu sampai ke tahap itu tanpa "explore" dengan cara sendiri?

apa yang berlaku yang kita dapat lihat adalah kita terlalu berharap dengan komen/kritikan orang lain tentang gambar/ hasil kerja kita daripada orang lain sehingga ke satu tahap ia menjadi acuan kepada hasil kerja kita dan bukan lagi hasil kreativiti atau keinginan kita sendiri..

kritikan orang lain terhadap hasil kerja kita kadangkala penting dalam membantu meningkatkan diri. akan tetapi jangan sampai ia menjadi sesuatu keperluan sehingga kita hilang hak untuk menghasilkan hasil kreativiti sendiri.

jadi kita perlu bereksperimen dan "explore" dengan ilmu yang kita ada. dengan cara itu baru lah kita akan mengetahui apa yang kita kehendaki dalam hasil kerja/gambar kita.

dalam kontek fotografi terdapat banyak undang-undang seperti Rule of Third, dan sebagainya. rule itu sebenarnya membantu kita mendapatkan gambar yang baik dan "standard". akan tetapi tidak salah jika kita tidak mengikutinya dan "explore" dengan cara sendiri yang kita suka. mungkin anda suka gambar yang senget sikit atau gelap sikit atau sebagainya terpulang kepada apa yang anda rasa. dengan cara itu barulah seni dihasilkan dengan cara sendiri dan asli.. apabila ada orang kritik tentang itu maka kita perlu katakan bahawa kita nak hasil yang macam itu. mereka pasti akan berdiam diri. =)

akan tetapi sebelum kita nak "explore" , ilmu asas AMAT penting untuk diketahui. jadi mantapkan dulu ilmu asas dan barulah bereksperimen =)

Sekian
Rabu, 12 Januari 2011
Posted by fandi

putrajaya + iCity

salam semua

selamat berhari isnin =)
pada hujung minggu yang lepas saya dan rakan-rakan ke putrajaya dan ke icity untuk berjalan-jalan sambil merakam gambar. pertama kali saya ke icity sebenarnya =) 
ia merupakan tempat yang menarik perhatian.. dengan cahaya LED yang pelbagai. begitu juga di putrajaya dengan senibina yang menarik. sesuai untuk berlatih merakam gambar binaan dengan mengaplikasikan seni geometri dan sebagainya.. lepas ni boleh buat outing di putrajaya pula =)























iklan: sertai outing ke bukit broga pada sabtu ini. sila click SINI untuk info
Isnin, 10 Januari 2011
Posted by fandi

(UPDATE) - OUTING BUKIT BROGA 15 JANUARI 2011www.afundee-photography.com


salam semua.

saya akan ke bukit broga di SEMENYIH SELANGOR pada 15 januari 2011 iaitu pada hari sabtu . sesiapa yang berminat nak sertai boleh SMS nama ke nombor 0134553504 sebab nak tahu berapa ramai yang nak ikut. kenderaan sendiri ya =)


rancangan fotografi di sana:
1) berkenal- kenalan antara satu sama lain.
2) berkongsi tips fotografi secara santai
3) menyihatkan badan dengan mendaki bukit.
4) merakam lanskap menarik dan matahari terbit =)
bagi yang tak tahu arah ke bukit broga sekurang-kurangnya tahu ke arah semenyih. sampai di pekan semenyih ada 2 petronas sahaja. tempat berkumpul adalah petronas no 2 iaitu di sebelah kanan jalan sebelum simpang ke bukit broga. apa-apa hal boleh hubungi saya terus ok =)
maklumat outing adalah seperti berikut:
tarikh: 15 januari 2011 ( sabtu)
tempat berkumpul: petronas pekan semenyih ( boleh solat subuh di sana )
masa berkumpul : 5.20 pagi 
pakaian: pakaian sukan dan berkasut sukan
lain-lain: bawa kamera, tripod, air minum, sarapan, payung ( kebarangkalian hujan )

apa-apa kamera pun boleh join. saya juga hanya menggunakan kamera kompak untuk merakam lanskap =)

tidak kira anda newbie atau sudah lama berkecimpung dalam fotografi boleh sertai.. hebah-hebahkan outing ni pada rakan-rakan ya? =)
sekian =)
Jumaat, 7 Januari 2011
Posted by fandi
Tag :

wajah-wajah dalam hitam putih









Khamis, 6 Januari 2011
Posted by fandi

OUTING BUKIT BROGA 15 JANUARI 2011www.afundee-photography.com

salam semua.

saya akan ke bukit broga di SEMENYIH SELANGOR pada 15 januari 2011 iaitu pada hari sabtu minggu hadapan. sesiapa yang berminat nak sertai boleh SMS nama ke nombor 0134553504 sebab nak tahu berapa ramai yang nak ikut. kenderaan sendiri ya =)

masa bertolak akan diberitahu kemudian melalui SMS.

rancangan fotografi di sana:
1) berkenal- kenalan antara satu sama lain.
2) berkongsi tips fotografi secara santai
3) menyihatkan badan dengan mendaki bukit.
4) merakam lanskap menarik

apa-apa kamera pun boleh join. saya juga hanya menggunakan kamera kompak untuk merakam lanskap =)

sebarang update terkini akan saya update melalui blog ini.

sekian
Rabu, 5 Januari 2011
Posted by fandi
Tag :

matahari terbenam terakhir 2010 dan selamat tahun baru =)

salam semua pembaca..

lama sudah tidak update pasal fotografi. saya pulang ke kampung di melaka pada weekend yang lepas. menyambut tahun baru 2011 di rumah dan susah untuk dapat talian internet broadband di kg =)

sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada rakan-rakan pembaca sekalian. semoga tahun baru 2011 kali ini memberikan semangat baru dan azam baru yang bakal dicapai kelak =)

saya sempat merakam matahari terbenam terakhir untuk 2010 di pantai di kampung saya. bagi yang tak sempat nak tengok matahari terbenam tersebut jom layan gambar-gambar yang saya rakam =)
keadaan yang agak berawan..cantik awan-awan tersebut =)

pasir-pasir laut yang mendamaikan

matahari dah nak terbenam

dari sudut yang lain


kucing ni teman saya tengok matahari terbenam

sambil tengok sunset saya tengok sekali orang main "banana boat" =)


selamat tinggal 2010.......


dan selamat datang 2011

sekian

Selasa, 4 Januari 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography