Selamat hari raya Aidiladha - Contest dilanjutkan!!!

salam semua.. saya ingin mengucapkan selamat ahri raya aidiladha dari perantauan =)
bersempena dengan hari raya Aidiladha saya akan MELANJUTKAN contest fotografi saya ke 30 Nov 2010!!!!


Jom sama2 merebut duit raya =)



jadi cari idea cepat-cepat.. seperti yang saya pesan dahulu saya tidak kisah kamera apa yang anda guna termasuk kamera HP. yang penting kreativiti anda merakam gambar tanpa edit menggunakan software. sila click pada gambar untuk maklumat lanjut =)

selamat hari raya

ON

Khamis, 18 November 2010
Posted by fandi

wild life photography


salam sume..
wah baca je tajuk mesti ingatkan saya macam pergi ke hutan rimba.. tapi sebenarnya hanyalah di zoo...hehe =)
ok tajuk entry kali ini adalah pasal wild life photography..

semalam saya ke Houston Zoo untk tujuan beriadah sambil merakam gambar. sudah lama tak keluar sebenarnya disebabkan kesibukan kerja di pejabat. namun semalam saya berpeluang ke Houston Zoo. perjalanan menaiki bas awam memang agak memenatkan. ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. tetapi akhirnya selamat sampai dan pulang, Alhamdulillah.

wild life photography merujuk kepada kita merakam gambar hidupan liar. jika diikutkan dengan tema wild atau liar bererti kita merakam di kawasan di mana hidupan liar itu hidup sebagaimana yang dilakukan oleh jurugambar National Geography. saya sangat mengagumi mereka. tetapi disebabkan kemudahan yang sudah sedia ada maka zoo merupakan pilihan terbaik =)

alatan yang perlu dalam merakam wild life semestinya DSLR dan telephoto lens ( 200mm ke atas ). ini bagi memudahkan kita untuk zoom subjek di jarak yang selamat. tidak dilupa juga tripod yang kukuh =)

tetapi jika di zoo, kamera kompak yang mempunya optical zoom yang jauh (10X ) juga boleh kerana biasanya haiwan-haiwan di zoo tidak bergerak pantas dan mudah untuk fokus.






















seperti yang anda boleh lihat saya banyak merakam gambar burung berbanding haiwan lain kerana saya amat meminati burung. dan burung amat sukar untuk dirakam dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia pantas bergerak dan cepat lari bila kita merapati.. jadi itu sebablah lensa yang boleh zoom jauh amat perlu. 

saya harap anda dapat enjoy entry kali ni. =)

ON



Isnin, 15 November 2010
Posted by fandi

plan weekend

salam.. da masuk weekend da kan.. so apa plan anda untuk weekend? hmm

plan saya untuk weekend ni:

1) pergi ke zoo - nak rakam untuk wildlife photography =)
2) pergi ke tempat menarik di sekitar houston ni.
3) merakam sebanyak mungkin gambar.
4) praktik skil fotografi ( practice make nearly perfect- xde yg perfect dalam dunia ni)
5) update blog( semestinya)
6) menunggu penyertaan CONTEST fotografi ( korang taknak duit dan ebook free ke?? =P
7) siapkan tugasan tertunggak =)

jadi rancang aktiviti anda supaya ia lebih teratur.. dan selalu praktikkan apa yang dipelajari. dalam kontek ini saya menegaskan praktik selalu dalam fotografi bagi memantapkan skil dan pengetahuan.

selamat berhujung minggu =)
Sabtu, 13 November 2010
Posted by fandi

Food Photography - Jom makan strawberry =)


 salam sume..

jom makan strawberry =)





overlay menggunakan perisian GIMP

merakam makanan, buah-buahan dan yang berkaitan dengan makanan kita namakan fotografi makanan atau bahasa orang putihnya food photography.

untuk merakam food photography kita kena pastikan komposisi mestilah menarik dan yang penting subjek mestilah segar dan disusun menarik serta latar belakang seelok-eloknya bersih. contohnya dengan latar belakang putih atau warna yang "plain".

dari segi pencahayaan pula sebaik-baiknya cahaya yang sekata dan bayang-bayang yang kurang. caranya dengan menggunakan softbox, bounce flash ke siling putih, menapis cahaya dengan kain putih dan sebagainya..

rakaman gambar makanan yang baik semestinya menjadi tarikan terutama di kedai-kedai makan. sudah semestinya kita akan terliur melihat gambar-gambar makanan yang cantik dan menyelerakan. ia boleh menjadi tarikan kepada anda yang mengusahakan perniagaan makanan =)

semoga entry kali ini memberi informasi pada anda =)

jom join contest saya PERCUMA. click pada gambar di atas untuk informasi.
dan saya mengeluarkan ebook fotografi kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fotografi serta asas-asas penting beserta gambar. sila klik pada gambar di sidebar sebelah kanan mengenai ebook tersebut =)

salam

ON
Rabu, 10 November 2010
Posted by fandi

Bokeh

salm semua..

lama dah tak update entry baru. maklum lah agak sibuk juga kebelakangan ni. ok takpe. entry kali ni pasal "Bokeh"

apakah bokeh sebenarnya? bokeh bukan bekas ye klu ikut loghat negeri sembilan =)

bokeh ni adalah kesan dari " out of focus" atau kawasan luar fokus lensa. kesan-kesan yang kita boleh dapat adalah seperti cahaya-cahaya bulat-bulat atau bersegi-segi bergantung kepada jenis lensa yang digunakan. semakin besar aperture lensa ( no f kecil) maka semakin menarik hasil bokeh. saya tunjukkan contoh bokeh:

gambar di atas ni saya menggunakan lensa 50mm dan saya set kan aperture terbesar ( f1.4). saya laraskan lensa supaya gambar menjadi kabur ( blur) jika terdapat cahaya ( lampu2) maka bokeh akan terhasil =)
f2.8


 gambar deretan lampu apabila difokus dengan betul
gambar bokeh apabila lensa dilaras "out of focus"




jika terdapat subjek utama dan latar belakangnya terdapat cahaya-cahaya kecil maka bokeh juga boleh terhasil. seperti gambar doremon tu =)

terdapat beberapa cara menghasilkan bokeh:
1) lensa aperture besar ( f1.4 daln lain2)
2) telephoto lens ( zoom lens)
3) lensa macro

gambar-gambar di atas menggunakan lensa aperture besar iaitu 50mm 1.4. anda juga boleh menggunakan kit lens 18-55 untuk bokeh yang tidak terlalu extreme.
jika anda ada telephoto ( 70mm ke atas) anda juga boleh mendapatkan bokeh. telephoto juga menghasilkan kesan shallow depth of field iaitu ruangan fokus yang kurang dan menghasilkan "blur" pada latar belakang. 

lensa macro juga boleh menghasilkan "shallow depth of field" dan menghasilkan bokeh
diharapkan entry kali ni berinformasi 
buat anda..

jangan lupa join contest saya k.. hadiah wang tunai menanti anda beserta ebook fotografi =)
bagi yang ingin belajar fotografi anda boleh dapatkan ebook keluaran saya berharga rm50. dalam ebook tersebut saya tulis dalam bahasa melayu yang mudah serta penerangan bergambar. email saya di

dzul3429@gmail.com untuk maklumat =)

ON
Isnin, 8 November 2010
Posted by fandi
Tag :

PHOTOGRAPHY CONTEST BY AFUNDEE PHOTOGRAPHY!!!

Salam semua.. disebabkan oleh sokongan anda kepada blog ini maka saya akan mengadakan CONTEST PHOTOGRAPHY!!!

hadiah wang tunai akan diberikan. sila baca syarat-syarat pada gambar berikut.



penyertaan adalah PERCUMA!!!

sedikit penerangan tentang tema kreatif:
- anda perlu merakam apa-apa sahaja yang anda rasakan menarik dan kreatif tanpa perlu bantuan software untuk menjadikannya kreatif.
- hanya editing black and white dan sephia sahaja yang dibenarkan.
- gambar dinilai dari segi teknik-teknik fotografi dan penceritaan yang menarik. anda boleh baca tips-tips fotografi di blog ini atau dapatkan EBOOK  saya untuk panduan.

peserta mestilah membuat satu entry beserta gambar yang dipertandingkan dan ceritakan serba sedikit gambar tersebut dalam blog masing-masing dan link kan blog ini.

sesudah membuat entry, hantarkan link entry anda kepada saya melalui email di: dzul3429@gmail.com dengan tajuk PHOTOGRAPHY CONTEST by www.afundee-photography.com


hadiah
pertama: rm100 + ebook
kedua: rm70 + ebook
ketiga: rm50+ ebook


tarikh tutup : 30 Nov 2010 jam 12 tgh malam


APA_APA KAMERA PUN BOLEH TERMASUK KAMERA HANDPHONE =)
1 PENYERTAAN SAHAJA DIBENARKAN YE =)


 MARI MEREBUT HADIAH WANG TUNAI..SEBARKAN CONTEST INI!!!
Rabu, 3 November 2010
Posted by fandi
Tag :

Ebook Fotografi Bahasa Melayu sudah dilancarkan!!!

salam semua.. ebook fotografi sudah dilancarkan!!

sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

selamat berfotografi =)
Selasa, 2 November 2010
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography