- Back to Home »
- food photography , tips »
- Food Photography - Jom makan strawberry =)
Posted by : fandi
Rabu, 10 November 2010
jom makan strawberry =)
overlay menggunakan perisian GIMP
merakam makanan, buah-buahan dan yang berkaitan dengan makanan kita namakan fotografi makanan atau bahasa orang putihnya food photography.
untuk merakam food photography kita kena pastikan komposisi mestilah menarik dan yang penting subjek mestilah segar dan disusun menarik serta latar belakang seelok-eloknya bersih. contohnya dengan latar belakang putih atau warna yang "plain".
dari segi pencahayaan pula sebaik-baiknya cahaya yang sekata dan bayang-bayang yang kurang. caranya dengan menggunakan softbox, bounce flash ke siling putih, menapis cahaya dengan kain putih dan sebagainya..
rakaman gambar makanan yang baik semestinya menjadi tarikan terutama di kedai-kedai makan. sudah semestinya kita akan terliur melihat gambar-gambar makanan yang cantik dan menyelerakan. ia boleh menjadi tarikan kepada anda yang mengusahakan perniagaan makanan =)
jom join contest saya PERCUMA. click pada gambar di atas untuk informasi.
dan saya mengeluarkan ebook fotografi kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fotografi serta asas-asas penting beserta gambar. sila klik pada gambar di sidebar sebelah kanan mengenai ebook tersebut =)
salam
ON
wah nice.. subject yang sama tapi angle berbeza
afzan: yep kita cuba2 aplikasikan angle yang berbeza pasti menarik.. saya banyak guna Rule of third untuk gambar2 di atas =)