jelajah houston - jom layan gambar BW lagi =)

salam semua.. lama jugak tidak "update" blog. minggu ni agak sibuk kerana saya menghadapi ujian akhir kursus yang sedang saya hadapi sekarang di US ni. insyaAllah minggu hadapan saya akan berangkat pulang ke Malaysia tercinta =)


kali ni tiada tips cuma rakaman biasa semasa berjalan-jalan di sekitar Mall di Houston ni. tetapi anda boleh lihat sendiri teknik-teknik yang saya aplikasikan. =)

leading line

 geometry

                                                                                geometry lagi ( garisan)

slow shutter

slow shutter lagi.. menampakkan kesan pergerakan.

saya suka gambar hitam putih jadi kali ini semua hitam putih =)

moga terhibur =)

salam
Jumaat, 17 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

Mode-mode PSAM

apakah PSAM?

PSAM merupakan mode-mode yang digunakan untuk merakam gambar, saya akan menerangkan secara ringkas apakah maksud bagi setiap huruf-huruf tersebut:

P
program mode - merupakan mode yang secara automatik mengesan "scene" atau keadaan semasa anda merakam gambar tersebut. contohnya jika waktu itu adalah waktu matahari terbenam maka kamera akan secara automatik menggunakan "setup" yang sesuai bagi keadaan sunset. akan tetapi tidak semua keadaan yang dikesan oleh kamera adalah tepat lebih-lebih lagi apabila terdapat sumber cahaya yang berbeza seperti cahaya lampu fluorescent dan tungsten pada satu tempat yang sama. jumlah iso boleh ditukar pada mode ini manakala shutter dan aperture dikawal oleh kamera.

S
shutter priority - pada mode ini anda mengawal shutter speed sepenuhnya manakala aperture dan iso akan dikawal oleh kamera bagi mendapatkan exposure yang sesuai mengikut shutter speed yang anda pilih. mode ini sesuai apabila anda ingin merakam sesuatu yang memerlukan anda mengawal shutter speed sahaja seperti merakam gambar sukan larian dan sebagainya.

A
Aperture priority- pada mode ini anda mengawal aperture sepenuhnya manakala shutter speed dan iso dikawal oleh kamera bagi mendapatkan exposure yang sesuai bagi aperture yang anda pilih. mode ini sesuai apabila anda ingin mengawal "depth of field" ataupun apa-apa rakaman yang memerlukan kawalan aperture tanpa perlu merisaukan shutter speed ataupun iso.

M
Manual Mode- mode ini merupakan mode yang mana anda mengawal kamera anda sepenuhnya. kesemua setting aperture,shutter dan iso adalah dalam kawalan anda sendiri mengikut jenis gambar yang anda kehendaki. mode manual memerlukan banyak latihan untuk dimahirkan. pemahaman asas fotografi amat penting bagi membolehkan anda menggunakan mode manual dengan baik. dengan mode manual anda yang menentukan 100% apa yang anda ingin rakam dan settting yang bagaimana anda inginkan.


kesemua mode di atas ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. ia bergantung kepada diri kita untuk menggunakan mode yang mana. mode yang saya selalu gunakan adalah manual dan juga aperture priority ( pada compact kamera saya). namun apa yang penting adalah memahami asas bagi ketiga-tiga asas penting kamera iaitu aperture,shutter dan iso. dengan memahami kesemua itu maka anda akan mengetahui dengan lebih jelas apakah tujuan mode-mode tersebut diwujudkan. jangan terperanjat jika anda melihat ada fotografer profesional juga menggunakan mode P,S dan A =)

secara keseluruahannya:

asas fotografi amat penting!!

semoga entry ini memberi anda sedikit informasi bagaimana kamera anda berfungsi.

ON

salam
Isnin, 13 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

seni melihat - art of seeing

"art of seeing" merupakan seni memandang kepada persekitaran dengan mengaplikasikan elemen seni. ia merupakan sesuatu yang subjektif. bergantung kepada cara seseorang itu menilai sesuatu yang dilihat. sesuai dengan pepatah " beauty is at the eye of the beholder" atau kecantikan adalah terletak kepada orang yang melihat.

kadangkala sesuatu yang biasa akan menjadi luar biasa jika dipandang pada sudut yang berbeza. itulah seni =)
seni melihat adalah diperolehi melalui banyak latihan dan ilmu seni. kita perlu memahirkan diri dengan elemen seni seperti garisan, bentuk, warna dan sebagainya barulah kita boleh aplikasikan di dalam fotografi.

saya juga masih belum mahir dalam "art of seeing". impian saya ingin menjadikan karya fotografi saya menghasilkan "WOW" pada orang lain yang melihat gambar saya. jadi sama-sama lah kita berlatih untuk memandang dengan seni =)

pokok krismas yang berbentuk geometri kon dan segi empat dan dikompos secara simetri

 elemen garisan bersilang ditambah elemen manusia
 warna merah yang kontra berbanding latar belakang menjadikan ia menarik

 gabungan warna yang menarik =)

 kesan cahaya dari pintu masuk menghasilkan kesan menarik terutama pada rambut kanak-kanak tersebut. saya cepat-cepat rakam dengan menggunakan mode burst. =)
 warna merah yang garang =)
 warna-warna hiasan yang pelbagai yang dikompos secara menegak
 dikompos secara melintang pula
 kombinasi warna pada gerai baju menarik perhatian saya.

 komposisi secara simetri dan kesan perspektif garisan yang semakin menjauh
bunga warna merah ditengah-tengah.

mungkin contoh-contoh di atas bukanlah baik tetapi matlamat saya sekurang-kurangnya memberi idea bagaimana "art of seeing" diaplikasikan... jadi biasakan diri dengan elemen-elemen seni dan aplikasikan dalam gambar anda. ia malah diaplikasikan oleh fotografer profesional tidak kira dalam bidang mana seperti perkahwinan, newborn portraiture, product photograpy dan yang paling popular adalah street photography.

kesemua gambar di atas dirakam menggunakan kamera kompak kerana mudah dibawa dan disembunyikan untuk tujuan kandid =)

semoga anda mendapat informasi untuk entry kali ini.

selamat berhujung minggu

ON

salam
Sabtu, 11 Disember 2010
Posted by fandi

kenapa saya suka fotografi?

assalamualaikum semua..

kenapa saya suka fotografi? ramai juga yang bertanya kepada saya soalan sebegini selepas melihat saya menghabiskan banyak wang untuk peralatan dan ilmu fotografi.

minat saya sudah lama. sejak di sekolah. saya suka melihat benda yang cantik, pemandangan yang cantik dan apa-apa yang cantik. cukup mendamaikan. dan saya ingin rakam supaya ia tidak hilang dalam ingatan.

mula-mula dulu memang tak tahu nak rakam macam mana. ambil kamera, pulas ke mode auto lepas tu rakam. benda yang cantik seperti yang saya lihat tidak cantik dalam apa yang saya rakam. jadi saya bertanya pada diri saya kenapa gambar yang saya rakam tidak menarik? dan dari situ lah saya bermula mencari ilmu. bermula dengan bacaan di internet, dan seterusnya di forum-forum, dan berjumpa dengan orang-orang lama, dan akhirnya menyertai outing dan workshop fotografi.

guru saya cakap" ilmu kalau tidak dikongsi atau diamalkan lama-lama ia akan hilang"

jadi dengan kata-kata itulah saya membuat blog ini untuk saya tulis apa yang saya sudah pelajari dan praktikkan untuk bacaan saya sendiri dan dikongsikan kepada anda semua.

saya cuba sampaikan cerita dan apa yang saya rasa melalui gambar. disamping itu juga saya juga cuba sampaikan ilmu dengan berkongsi tips fotografi dan bacaan-bacaan info fotografi.

fotografi juga mengasah saya supaya bersabar. cuba dapatkan rakaman yang bagus. berfikir sebelum bertindak. dan akhirnya kepuasan merakam gambar yang diinginkan. ia sama dengan kehidupan diri kita.

tambahan pula dengan fotografi saya semakin menghargai ciptaan Allah. dengan kuasaNya menciptakan alam dan kehidupan untuk kita lihat kekuasaanNya.

jadi anda pula bagaimana?
Jumaat, 10 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

RAW dan JPEG

assalamualaikum semua

apakah RAW dan JPEG?
RAW dan JPEG merupakan format gambar yang dihasilkan oleh sesebuah kamera. format yang paling biasa digunakan adalah JPEG.

tetapi apakah perbezaan antara RAW dan JPEG?

JPEG merupakan format yang sudah di "compress" oleh sensor camera untuk menghasilkan "file" yang bersaiz kecil dan cepat. biasanya ia merangkumi saiz 8 bit per pixel atau ( 8bit= 1byte) iaitu saiz bagi 1 pixel. contoh bagi size 12 megapixel bagi kamera saya adalah dalam lingkungan 6Mb.

RAW pula merupakan file gambar yang tidak di "compress" oleh sensor. file RAW biasanya lebih besar iaitu sehingga 12 atau 14 bit/pixel. terdapat pelbagai format RAW antaranya ialah DGN, PEF dan juga lain-lain bergantung kepada jenis kamera yang digunakan. contoh saiz bagi 12 megapixel kamera saya dalam format RAW adalah 11 Mb.

kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

JPEG
kelebihan:
1.)saiz fail lebih kecil (mudah disimpan dan tidak memakan banyak ruang dalam hard disk)
2) boleh dicetak serta merta
3) format yang paling meluas digunakan di seluruh dunia
4) pantas untuk di simpan dalam kad memori.

kekurangan
1) kualiti rendah berbanding RAW
2) sangat terhad untuk editing ( mencerahkan, menukar white balance dll)


RAW
kelebihan
1) lebih informasi berbanding JPEG
2) kualiti tinggi
3) tidak terhad untuk sebarang editing ( saiz file besar)

kekurangan
1) file saiz yang besar ( kos tinggi untuk menyimpan gambar dan memerlukan hard disk berkapasiti tinggi)
2) masa tambahan untuk editing
3) memerlukan software khas untuk melihat dan manipulasi gambar format RAW ( photoshop, lightroom dll)
4) lambat untuk disimpan dalam kad memori.

sebenarnya banyak lagi kebaikan dan kelemahan bagi kedua-dua format namun apa yang disenaraikan merupakan kelebihan dan kelemahan yang paling ketara.

ia bergantung kepada anda untuk memilih format yang sesuai dengan anda. jika anda suka manipulasi maka format RAWmerupakan format yang sesuai kerana ia mengekalkan kualiti gambar yang tinggi terutama untuk gambar yang ingin di cetak besar. manakala jika sekadar kegunaan biasa maka JPEG adalah format yang sesuai.

ada juga kamera pada masa kini yang mampu menghasilkan kedua-dua format dalam masa yang sama. jadi anda mendapat kedua-duanya sekali. namun ia akan mempercepatkan kadar kad memori anda untuk penuh =)

pilih dengan bijak mengikut kegunaan anda. secara peribadi saya merakam menggunakan JPEG 90% dari gambar yang saya rakam kerana saya kurang kepada manipulasi gambar. kualiti JPEG masih boleh dipertingkatkan dengan menggunakan setting kamera yang sesuai seperti ISO yang rendah, menggunakan tripod pada kawasan yang kurang cahaya atau menggunakan cahaya tambahan seperti external flash.

sekian informasi kali ini

ON

assalamualaikum
Rabu, 8 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

framing dan cropping

salam semua

tips pada kali ni adalah tentang framing dalam fotografi.
apakah framing? dalam bahasa melayu maksudnya pembingkaian. konsepnya sama dengan frame gambar di dinding rumah kita. tetapi apakah sinonimnya dengan fotografi?

framing bermaksud memasukkan elemen yang diperlukan dalam ruangan frame yang kita hendak rakam. dengan kata lain apa yang tidak diperlukan dalam gambar yang kita hendak rakam kita hindari atau buang. dengan ini kita akan memfokuskan pada subjek utama sahaja dan elemen-elemen yang berkaitan bergantung kepada tema gambar kita..


sebagai contoh tin coke di atas. saya sengaja merakam demikian untuk menjelaskan pada anda tentang apakah framing dengan lebih jelas. dalam gambar di atas saya ingin merakam gambar tin coke tetapi latar belakang yang serabut menenggelamkan subjek utama saya. ditambah pula dengan warna meja yang berwarna coklat gelap. dan saya hanya mahu memfokus pada tin coke tersebut. jadi saya "re-framing" semula dengan mendekati tin coke tersebut dan memenuhkan viewfinder camera saya sehingga terhasillah gambar di bawah ini.




jadi gambar kedua nampak lebih kemas dan secara tidak langsung orang yang melihat akan tahu apa yang kita hendak sampaikan iaitu tin coke sebagai contoh.

akan tetapi dengan teknologi yang ada ramai dalam kalangan kita lebih suka "crop" atau potong gambar untuk memfokus pada subjek tertentu. saya ambil semula gambar pertama tadi sebagai contoh.

 katakan garisan petak di atas adalah ruangan untuk anda crop. ia lebih kurang 40% dari jumlah keluasan gambar anda. jika 10 megapixel gambar maka selepas crop akan jadi lebih kurang 4 megapixel sahaja. jadi ia merugikan kerana sudah beli kamera mahal-mahal yang berpiksel tinggi akhirnya anda membuang berjuta-juta pixel yang lain.

cropping kadang kala membantu tetapi ia mengurangkan kualiti gambar kita.jika ingin menjadi fotografer yang baik kita perlu melatih diri kita untuk frame betul-betul sebelum kita menekan shutter kamera. dengan itu kita akan mendapat gambar yang berkualiti tinggi kerana jumlah pixel yang asal masih ada. jika kita crop kebolehan untuk mencetak menjadi terhad kerana jumlah pixel sudah berkurang. jadi kita berlu melatih diri dengan framing dengan betul dan elakkan cropping kecuali terpaksa =)

jadi ringkasan hari ini:
1) frame betul-betul dan masukkan elemn yang kita kehendaki dalam gambar kita sahaja sebelum menekan shutter.
2) elakkan cropping selepas merakam

diharapkan tips kali ini membantu anda merakam gambar yang anda inginkan.

selamat berhujung minggu

ON

assalamualaikum
Sabtu, 4 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

jom layan gambar tumbuhan dan bunga =)
























Jumaat, 3 Disember 2010
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography