(terima kasih) - outing broga 1

salam semua

pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi menyertai outing pertama saya di bukit broga. walaupun tujuan asal untuk merakam sunrise tidak kesampaian kerana hari mendung namun perkongsian ilmu dapat dijalankan dengan baik dan semua orang gembira serta penat =)

agak mengecewakan juga bagi saya kerana tak dapat nak merakam gambar yang diingini. namun begitulah juga dalam hidup kadangkala apa yang kita hendak tidak semestinya kita akan dapat. tidak mengapa lain kali saya akan pergi lagi =)

berikut adalah beberapa gambar yang menggambarkan suasana outing pada hari sabtu(15 januari) lepas. layan.... =) 
semasa baru sampai. ramai juga yang mendaki

hari mendung di ufuk timur jadi   tak dapat nak rakam matahari naik =(





cik nurr dan kak ummi sedang sibuk menilik untuk mendapatkan rakaman masing-masing =)

mencari pemandangan yang "best" untuk merakam

sempena dengan nama bukit broga yang diambil dari nama lalang

pemandangan dalam BW

ulat gonggok pun mendaki bukit broga =)

silhouette versi kak ummi =)

saya telah dikandid!! =P


kak ummi yang memang sempoi =)

shallow depth of field. nikonian tegar iwan =)

shallow depth of. nikonian tegar nurr =)

mengaplikasikan Rule of third antara perkongsian yang dilakukan =)

berbincang dan berkongsi pendapat sesama sendiri

rakaman beberapa lanskap sebelum berangkat pulang

perjalanan turun ke bawah yang menggegarkan lutut =)

merakam beberapa gambar close up atau macro dalam perjalanan pulang

aplikasi rule of third

aplikasi rakaman pelbagai sudut =)

aplikasi simetri dalam merakam keindahan alam =)

walaupun tidak simetri tetapi corak daun ini menarik perhatian saya =)

aplikasi shallow depth of field

aplikasi mengasingkan subjek utama dan latar belakang melalui perbezaan warna 

terima kasih kepada abg iwan dan keluarga yang sanggup datang dari melaka untuk menyertai outing kali ni. walaupun isterinya mengandung 6 bulan tetapi masih gagah mendaki bukit broga. dan adik dina (depan sekali) yang turut menjadi model untuk bahagian natural light photography yang memang sempoi..saya akan update tentang tersebut pada entry akan datang...memang terbaik!! =)

dari kiri: saya, shahrizal dari melaka, badli, kak ummi, hafizul, nurr rahmah, abang iwan dan keluarga, hafiz(baju oren) dan iwan 
peserta outing broga yang memang sempoi =)

terima kasih!!

p/s: outing seterusnya adalah tentang low light photography ( light trail, slow shutter dan sebagainya) masa dan lokasi akan diberitahu kemudian bergantung dengan kesesuaian dan jadual saya.
p/ss: contest seterusnya akan diberitahu kelak =)
Ahad, 16 Januari 2011
Posted by fandi

outing broga esok!!!

salam semua..

kepada yang dah conform untuk pergi esok ke outing broga hill saya ucapkan selamat dalam perjalanan dan berhati-hati serta jumpa di sana.

kepada anda yang baru sahaja membaca tentang ni anda masih boleh join outing pada esok hari. detailnya boleh baca pada entry yang lepas di SINI

nantikan update gambar-gambar broga hill nanti ya =)

saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan pengikut blog www.afundee-photography.com. walaupun saya tak blogwalking tetapi masih ada yang setia membaca. dan dengan jumlah follower ke 200 saya akan mengadakan satu lagi contest photography. saya akan update pasal contest tersebut minggu hadapan.. tunggu ye.. hadiah lumayan menanti pemenang. (lihat entry contest yang lepas  di SINI)

ok sekian terima kasih =)
Jumaat, 14 Januari 2011
Posted by fandi

cuba "explore"

salam

dalam hidup kita kini banyak perkara yang perlu kita ketahui dan pelajari. kadang kala kita perlu ada seseorang yang mengajar kita dalam membuat sesuatu. belajar dengan guru. sesiapa sahaja boleh menjadi guru dalam hidup kita. samada formal atau tidak formal. belajar dengan guru merupakan tuntutan dalam Agama kita. jika tidak maka syaitan lah guru kita.

akan tetapi sesudah kita belajar sesuatu pernahkah kita terfikir untuk "explore" mengikut cara kita sendiri sesudah kita pelajari sesuatu?

contohnya dalam kontek fotografi. kita sudah belajar asas fotografi seperti aperture,shutter speed, iso dan komposisi sebagai contoh. dengan ilmu asas itu adakah kita hanya ingin tahu sampai ke tahap itu tanpa "explore" dengan cara sendiri?

apa yang berlaku yang kita dapat lihat adalah kita terlalu berharap dengan komen/kritikan orang lain tentang gambar/ hasil kerja kita daripada orang lain sehingga ke satu tahap ia menjadi acuan kepada hasil kerja kita dan bukan lagi hasil kreativiti atau keinginan kita sendiri..

kritikan orang lain terhadap hasil kerja kita kadangkala penting dalam membantu meningkatkan diri. akan tetapi jangan sampai ia menjadi sesuatu keperluan sehingga kita hilang hak untuk menghasilkan hasil kreativiti sendiri.

jadi kita perlu bereksperimen dan "explore" dengan ilmu yang kita ada. dengan cara itu baru lah kita akan mengetahui apa yang kita kehendaki dalam hasil kerja/gambar kita.

dalam kontek fotografi terdapat banyak undang-undang seperti Rule of Third, dan sebagainya. rule itu sebenarnya membantu kita mendapatkan gambar yang baik dan "standard". akan tetapi tidak salah jika kita tidak mengikutinya dan "explore" dengan cara sendiri yang kita suka. mungkin anda suka gambar yang senget sikit atau gelap sikit atau sebagainya terpulang kepada apa yang anda rasa. dengan cara itu barulah seni dihasilkan dengan cara sendiri dan asli.. apabila ada orang kritik tentang itu maka kita perlu katakan bahawa kita nak hasil yang macam itu. mereka pasti akan berdiam diri. =)

akan tetapi sebelum kita nak "explore" , ilmu asas AMAT penting untuk diketahui. jadi mantapkan dulu ilmu asas dan barulah bereksperimen =)

Sekian
Rabu, 12 Januari 2011
Posted by fandi

putrajaya + iCity

salam semua

selamat berhari isnin =)
pada hujung minggu yang lepas saya dan rakan-rakan ke putrajaya dan ke icity untuk berjalan-jalan sambil merakam gambar. pertama kali saya ke icity sebenarnya =) 
ia merupakan tempat yang menarik perhatian.. dengan cahaya LED yang pelbagai. begitu juga di putrajaya dengan senibina yang menarik. sesuai untuk berlatih merakam gambar binaan dengan mengaplikasikan seni geometri dan sebagainya.. lepas ni boleh buat outing di putrajaya pula =)























iklan: sertai outing ke bukit broga pada sabtu ini. sila click SINI untuk info
Isnin, 10 Januari 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography