- Back to Home »
- landskap , leica d-lux 5 , macro , outing »
- (terima kasih) - outing broga 1
Posted by : fandi
Ahad, 16 Januari 2011
salam semua
pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi menyertai outing pertama saya di bukit broga. walaupun tujuan asal untuk merakam sunrise tidak kesampaian kerana hari mendung namun perkongsian ilmu dapat dijalankan dengan baik dan semua orang gembira serta penat =)
agak mengecewakan juga bagi saya kerana tak dapat nak merakam gambar yang diingini. namun begitulah juga dalam hidup kadangkala apa yang kita hendak tidak semestinya kita akan dapat. tidak mengapa lain kali saya akan pergi lagi =)
berikut adalah beberapa gambar yang menggambarkan suasana outing pada hari sabtu(15 januari) lepas. layan.... =)
semasa baru sampai. ramai juga yang mendaki
hari mendung di ufuk timur jadi tak dapat nak rakam matahari naik =(
mencari pemandangan yang "best" untuk merakam
sempena dengan nama bukit broga yang diambil dari nama lalang
pemandangan dalam BW
ulat gonggok pun mendaki bukit broga =)
silhouette versi kak ummi =)
saya telah dikandid!! =P
kak ummi yang memang sempoi =)
shallow depth of field. nikonian tegar iwan =)
shallow depth of. nikonian tegar nurr =)
mengaplikasikan Rule of third antara perkongsian yang dilakukan =)
berbincang dan berkongsi pendapat sesama sendiri
rakaman beberapa lanskap sebelum berangkat pulang
perjalanan turun ke bawah yang menggegarkan lutut =)
merakam beberapa gambar close up atau macro dalam perjalanan pulang
aplikasi rule of third
aplikasi rakaman pelbagai sudut =)
aplikasi simetri dalam merakam keindahan alam =)
walaupun tidak simetri tetapi corak daun ini menarik perhatian saya =)
aplikasi shallow depth of field
aplikasi mengasingkan subjek utama dan latar belakang melalui perbezaan warna
terima kasih kepada abg iwan dan keluarga yang sanggup datang dari melaka untuk menyertai outing kali ni. walaupun isterinya mengandung 6 bulan tetapi masih gagah mendaki bukit broga. dan adik dina (depan sekali) yang turut menjadi model untuk bahagian natural light photography yang memang sempoi..saya akan update tentang tersebut pada entry akan datang...memang terbaik!! =)
dari kiri: saya, shahrizal dari melaka, badli, kak ummi, hafizul, nurr rahmah, abang iwan dan keluarga, hafiz(baju oren) dan iwan
peserta outing broga yang memang sempoi =)
terima kasih!!
p/s: outing seterusnya adalah tentang low light photography ( light trail, slow shutter dan sebagainya) masa dan lokasi akan diberitahu kemudian bergantung dengan kesesuaian dan jadual saya.
p/ss: contest seterusnya akan diberitahu kelak =)
kim salam kat kak ummi. ikhlas dari abg baim. hihi
sangat best, tak percaya sy sampai jugak...next time insyaallah follow kalau asben bg green light la
Dah upload ye..pagi yg mendamaikan..terima kasih kepada semua =). outing yang best dan sempoi. LIKE.
abg baim, waalaikumsalam:) hihi
thanks sume yang terlibat.. memang best.. masing2 sporting =)
insyaAllah lain kali kita buat lagi.. tapi sebelum tu kita fokus pada next outing yang telah dicadangkan. nak cari lokasi yang best sikit untuk next outing =)
kalau ada jgn lupa org melaka plak
bestnyer..sy bru jer hiking ker broga hill last weeks. so, sempat shoot sunrise. bnyk bljar dr blog nie. thanks yer