[Tips Memilih Jurugambar untuk bakal Pengantin]

Sepanjang pengalaman saya menjadi jurugambar perkahwinan isu biasa yang saya hadapi apabila berurusan dengan bakal pengantin ialah "Bajet" untuk jurugambar dan pada masa sama nak yang baik punya..adehh

Seboleh akal jurugambar pasti menjadi pilihan terakhir bakal pengantin dan bajet jurugambar pasti yang senang dilupakan.
Pada masa sama bakal pengantin menginginkan gambar yang cantik tertarik dan memang debom. Hehe

Ikut adatnya mudah sahaja, yang murah PASTI tidak berkualiti. Yang mahal juga belum tentu bagus.

Jadi ini beberapa tips untuk bakal pengantin untuk mendapatkan jurugambar yang terbaik.

1. Masukkan bajet jurugambar seawal perancangan perbelanjaan perkahwinan.

Ini penting supaya ada peruntukan untuk uoah jurugambar. Amat malang sekiranya majlis dah gempak sekali bila bajet jurugambar tak berapa nak ada. Pastu upah yang murah. Akhirnya gambar macam Jilake. Itu nasib baik kalau dapat gambar. Ada banyak kes yang tak dapat gambar langsung. Sia2 majlis gempak.

2. Cari jurugambar yang berdaftar.

Ini sangat penting untuk mencari jurugambar yang berdaftar dengan SSM. Segala maklumat jurugambar dan syarikat tersebut boleh didapati sekiranya berlaku penipuan dan sebagainya. Selain itu juga ia menunjukkan jurugambar yang berdaftar itu serius. Jurugambar yang buat kerja biasa2 takde nak daftar SSM dan pasti tidak serius dalam kerjanya.

3. Ada perjanjian dan fahamj terma dan syarat sepenuhnya.

Cari jurugambar yang sediakan perjanjian hitam putih dan syarat di dalam perjanjian ialah win-win situation. Bukan main book je. Pastikan korang baca betul2 syaratnya. Kena tahu macam mana syarat pembayaran, caj tambahan, bila album siap, kalau album tak siap apa perlu dilakukan, dan sebagainya. Dan pastikan detail peribadi jurugambar dan no serta alamat syarikat berada dalam perjanjian tersebut. Ini untuk menjamin ketelusan jurugambar atau syarikat yang diupah. Kalau ada yang tak bagi atau susah nak dapatkan maklumat mereka lebih baik jangan hire. Dan pastikan satu salinan perjanjian disimpan pelanggan.

4. Portfolio yang baik.

Portfolio yang baik itu perlulah untuk jaminan terbaik. Pastikan jurugambar ada PAGE FB, Instagram atau website yang memaparkan hasil kerja mereka. Dan perlu diingat kebanyakan jurugambar bekerja dalam kumpulan, jadi perlu tahu jurugambar yang mana yang akan bertugas pada majlis korang nanti. Buatnya masa dalam page gambar gempak2 sekali bila majlis korang dorang hantar orang lain tanpa pengetahuan korang. Jadi masa tu redha jela. Kecuali dimaklumkan yang akan ada jurugambar lain yang bertugas nanti masa majlis dan pastikan korang lihat portfolio jurugambar yang diganti.

5. Pilih Pakej antara 1600 dan ke atas.

Sebaiknya jangan pilih pakej yang lebih rendah dari 1600 buat masa sekarang kerana dengan harga yang mahal segala kos printing juga naik. Bawah dari harga tersebut hampir pasti kualiti yang akan dapat sangat rendah. Make up dah lawa, pelamin dah cantik sekali album macam haram. Menyesal tak sudah. Hehe

Saya secara peribadi menerima beberapa aduan dari rakan terdekat( yang tak hire saya sape suh..haha) berkenaan kualiti album yang tak memuaskan. Nak suh saya buat balik. Hehe agak susah saya nak terima sebab kadang kala gambar yang diberikan kepada saya terlalu rendah kualiti dan susah nak edit balik. Dan tak berbaloi.

Jadi pilihlah yang mahal sedikit.

6. Bayar ansur2 3-6 bulan sebelum majlis.

Bincang dengan jurugambar supaya diadakan pembayaran mudah.. Supaya korang dapat ambil pakej yang paling baik. Itu lebih baik dari bayar sekali gus.

Macam saya sendiri saya beri pilihan kepada pelanggan untuk bayar ikut terma atau bayar secara ansur sebelum majlis. Yang penting sebelum majlis pembayaran dilakukan seperti yang dijanjikan.

Jurugambar ni meniaga dan juga manusia, jadi kalau pembayaran cantik, mood pun baik, gambar insyaAllah terbaik. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya pembayaran tak cantik.

InsyaAllah cukup dulu yang ini. Akan bersambung ke tips yang seterusnya nanti. Jika bermanfaat sudilah like dan share.

Yang Kacak 😁?Dzul Affandi Roslanan
Principal Photographer Naura Art Studio
0134553504

Khamis, 31 Mac 2016
Posted by fandi

[Tips gambar wedding yang cantik di Pelamin]


Secara peribadi dan atas pengalaman saya selama 8 tahun dalam fotografi ada beberapa tips yang bakal pengantin boleh praktikkan untuk memudahkan kerja jurugambar untuk mendapatkan gambar yang menarik, smooth dan cantik:

1. Pemilihan warna Pelamin yang cerah atau light color. Color yang lembut seperti putih cream, light blue atau light purple. Asalkan warna yang light.

2. Kedudukan pelamin sebaiknya berada di kawasan yang cerah. Saya personally suka pelamin yang diletakkan di luar rumah(khemah atau beranda, car pouch) jadi pencahayaan sangat baik. Tetapi pastikan apabila menjelang petang lokasi pelamin tidak berada di kawasan matahari memancar.

3. Sekiranya di Dewan, pastikan dewan mempunyai pencahayaan yang baik juga. Buka semua lampu.

4. ELAKKAN penggunaan lampu Pelangi, lampu pelangi atau yang banyak warna dan bertukar tukar tu. Sebabnya ia akan menyebabkan warna kulit dalam gambar akan berubah rubah. Kerana kamera tidak seperti mata kita. Kalau warna kulit dah berubah memang susah nak baiki warna asal dan akhir sekali jadilah gambar hitam putih. Hehe

Kalau nak pakai lampu cukup pakai 1 warna sahaja macam warna light purple macam contoh dalam gambar ni.

5. Tutup dinding disekeling pelamin dengan kain putih. Kain putih akan memberikan pencahayaan yang baik. Ini bagi mengelakkan warna cat dinding memantul kepada pengantin sekiranya jurugambar pakai flash. Kalau dinding putih takde masalah. Tapi kalau dinding warna kuning, biru, merah dan hijau contohnya memang habis gambar dengan warna yang bercampur aduk. Masak jurugambar nak edit..😤😤😤

6. Make up yang berkualiti, tahan lama, natural dan lembut. Itu penting juga kerana biasanya sesi potret akan dilakukan selepas majlis selesai sebelum keluar outdoor. Sekiranya penggunaan makeup yang murah, belum sampai ptg make up dah pecah. Sedikit sebanyak menggangu gambar yang dihasilkan.

7. CUKUP TIDUR. Pengantin kena cukup tidur. Kalau tak memang sangat susah nak suruh posing. Mood kelaut dan pasti tak dapat pose yang menarik. Baru kul 3 dah flat. Dah letih sebab tak cukup tidur. Jadi tidurlah dan rehat secukupnya.

8. BERI KERJASAMA dan TIDAK MENGARAH ARAH tanpa adap. Dengan memberi kerjasama yang penuh dan pada masa sama tidak mengarah arah tidak tentu hala kepada jurugambar. Ini kerana jurugambar yang berpengalaman(macam saya 😁😁) dah tahu apa yang nak dirakam. Kecuali ada saudara mara yang penting atau perkara penting yang perlu dirakam dan maklumkan dengan baik.

InsyaAllah cukup dulu. Ada lagi saya akan kongsikan.

Sekiranya bermanfaat sila like dan share ye. Jangan lupa like page Naura Art Studio.

Yang ikhlas
Dzul Affandi Roslan
Principal Naura Art Studio

Rabu, 30 Mac 2016
Posted by fandi

Akhirnya kembali bernafas and guess what?

Assalamualaikum

Ada sebab aku kembali blogging
Yang bestnya kali ni aku blogging dengan komuniti.

Secara rasminya aku seorang KBBA. Iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari.

Content blog aku masih fotografi tetapi akan diselit2kan dengan benda lain. Xdela bosan xtau nak tulis ape kan. Hehe..

Btw tahun 2016 merupakan tahun untuk aku bangunkan branding Naura Art Studio ke satu tahap lagi. InsyaAllah tunggu hasilnya.

Nak tgk gambar2 best yang aku tangkap? Boleh like page Naura Art Studio.

Atau follow ig @nauraartstudio

#Kelabbloggerbenashaari
#nauraartstudio

Jumaat, 29 Januari 2016
Posted by fandi
Tag :

Diy beauty dish guna mangkuk plastik



Sebelum




Semasa proses mengecat




Dah siap.. Hehe

Apa kegunaan benda ni? Beauty dish sejenis light defuser ( pelembut cahaya) sama seperti soft box. Nanti aku akan kongsikan perbezaan antara softbox dengan beauty dish..

Heehehe publishhhhh
Ahad, 12 Julai 2015
Posted by fandi

Portable white photobooth



Yeah akhirnya. Ada gak pos pasal fotografi. Hehe. Okay aku nak kongsi pasal portable photobooth white yang aku baru beli baru2 ni.

Apa yang best ngan benda ni ialah ia sangat ringan, harga oun murah dan boleh dilipat sehingga saiz kecil. Bila buka tinggi dia je dah 2.4meter.

Sebab aku beli ialah lepas ni wife aku nak hasilkan tudung jenama sendiri. Jadi aku ada gak set studio besar tapi malas nak buka pasang dan makan ruang yang besar. Dengan guna benda ni aku boleh setup utk mini white studio hanya 5-10 minit je.

Dan untuk fotografer yang selalu ambil job shoot baju atau tudung memang perlu beli benda ni. Simple setup je. Xperlu sampai bawak satu set backdrop + stand yang saiz sampai 3x6 meter tu. Memang sarat.

Kekurangannya benda ni sesuai shoot utk half - body sahaja. Dan boleh shoot max 3 orang dalam satu masa. Kalau nak shoot full body kena tambah kain/kertas putih besar kat lantai. Baru boleh dapat full white.

So sape nak tau aku beli kat mana boleh roger 0134553504. Rege seratus lebih je

Publishhh
Khamis, 9 Julai 2015
Posted by fandi

10 hari terakhir puasa

Alhamdulillah.. Diizinkan Allah utk sampai ke tahap ni. Tengok2 sekeliling manusia dah x sabar nak "halau" bulan Ramadan pergi dengan lagu Raya yang berkumandang di mana-mana. Sale2 baji raya dah mula dengan rancaknya...

Teringat lagu man bai.. " ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna...." Tak tahulah Ramadan kali ini memberi kesan yang mendalam pada diri masing2 atau sekadar lapar dan haus.. Kemudian semasa berbuka terus jadi saudara syaitan dengan membazir bagai..

Semoga baki 10 hari terakhir ni dapat kita manfaatkan utk bekalan kita di akhirat InsyaAllah.

Sorry la geng aku jarang update bulan puasa ni. Sebenarnya ada banyak sangat nak kongsi. InsyaAllah akan dikongsi dengan kerap. Antara projek yang sedang dibuat ialah projek tudung, studio raya dan photobooth white studio. InsyaAllah lepas ni aku share pasal fotografi pulak.. Hheheh


Publishhhh
Selasa, 7 Julai 2015
Posted by fandi

Berfotografi dengan kamera handfon

Zaman sekarang teknologi hebat2. 5 tahun lepas tak terfikir pun kamera handfon boleh sehebat sekarang. Ada yang sehingga 20MP dan paling cikai pun 5MP. Itu pun dah cukup untuk print gambar besar dinding. Hehe

Kesinambungan dari post yang lepas. Zaman sekarang dah kurang dah orang gantung dslr kat tengkuk. Sebab smartfon skg kamera dah cukup power dah. So aku pun macam tu jugak la. Jarang aku usung kamera dslr kalau gi mana2. Paling kuat pun aku akan bawak kamera digital Leica aku dan guna wifi card utk transfer ke fon.

Haritu sebelum puasa sempat la aku bawak wife dan anak gi ke istana kat bukit tinggi tu dan genting highland(naik cable car je). So aku nak kongsi gambar yang aku rakam guna smartphone Xiaomi Redmi Note.




















Share 4 keping je. Nanti aku share lain. Hehe


Publishhhhh
Sabtu, 27 Jun 2015
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography