- Back to Home »
- nasihat , tips »
- guna beg yang bukan beg kamera
salam semua.. tips kali ini lebih kepada KESELAMATAN
kenapa kita perlu menggunakan beg yang bukan beg kamera?
kamera seperti DSLR adalah sesuatu gajet yang mahal.. paling murah pun masih dalam lingkungan 2 ribu ringgit ( sebulan gaji) jadi amat2 lah penting untuk kita menjaga dengan baik terutama semasa keluar berjalan-jalan atau menangkap gambar..pasti akan ada MATA yang memandang dan memerhatikan kita dari jauh dan sedia untuk mengambil kesempatan terhadap kita apabila kita lalai.
jadi semasa berjalan-jalan tidak perlu lah tayangkan pada orang ramai yang kita membawa kamera mahal kerana bila-bila masa kita akan diekori dan dirompak..ia pernah berlaku dan sebagai keselamatan saya mensarankan kepada anda untuk menggunakan beg yang bukan beg kamera. sekurang-kurangnya orang tidak akan tahu dan keliru..
anda boleh gunakan apa jua beg sandang atau beg bimbit yang boleh memuatkan kamera anda. sebagai contoh:
semoga nasihat ini bermanfaat.. =)
p/s: jika suka blog ini sampai-sampaikan pada orang lain dan masukkan email di ruangan langgan supaya update terbaru akan terus ke email anda =)
Catat Ulasan