Posted by : fandi Jumaat, 26 November 2010

salam semua... harap semua sihat macam biasa.. selamat hari jumaat pada anda di Malaysia.. di sini masih hari Khamis malam. =)

ok entry kali ini adalah tentang gambar-gambar lama yang disimpan. sewaktu saya melihat gambar-gambar lama yang masih tersimpan di external hard disc saya, saya terjumpa gambar potret kanak-kanak yang saya rakam sebelum ini iaitu adik kepada rakan karib saya. adik tersebut bernama shuhada. waktu itu saya masih lagi baru dalam fotografi. jadi rakaman yang dihasilkan kurang memuaskan. namun apa yang kita boleh lakukan dengan gambar lama? jawapannya..

manipulasi!!!

di zaman serba canggih kini kita boleh mencantikkan gambar yang kurang memuaskan dengan menggunakan pelbagai perisian samada percuma ataupun berbayar. apa yang anda boleh lakukan dengan gambar-gambar lama adalah dengan memahirkan diri dari segi manipulasi. tidak rugi dengan mencuba pelbagai cara manipulasi. masa kini terdapat sumber yang mudah untuk belajar manipulasi secara percuma. sumber yang paling mudah adalah melalui Youtube dan lain-lain.

perisian yang saya gunakan untuk gambar-gambar dibawah adalah GIMP (click untuk download)
perisian tersebut adalah percuma dan menggunakan konsep yang hampir sama dengan photoshop. terdapat banyak tutorial tentang penggunaan perisian tersebut di youtube dan website-website.






secara peribadi saya suka merakam potret secara "close up" jadi saya banyak fokus pada bahagian muka adik shuhada.tambahan pula adik shuhada mempunyai mata yang cantik =)

maaf kerana saya tidak dapat menunjukkan tutorial editing kerana masa tidak mengizinkan saya untuk membuat tutorial. tetapi anda boleh cari di youtube dan juga website-website lain yang banyak membuat entry tentang manipulasi.

jadi jangan buang gambar lama. ia amat membantu dalam melatih anda memanipulasi gambar =)

semoga hari-hari anda ceria dan enjoy dengan entry kali ini =)

salam

ON

5 Responses so far.

  1. mmg cantik aaa adik shuhada...

  2. cantik lps buat manipulasi gambar :).

  3. Faarihin says:

    ziarah sini..

    cantik dan comel adik shuhada ni.. (^__^)

  4. A FUN DEE says:

    salam.. ye mmg sangat comel.. mata dia bersinar.. tp ni gambar lama.. so klu ada gambar lama2 tu jangan dibuang.. jadikan bahan untuk belajar manipulasi..sekurang2nya bagi gambar tu nampak elok sikit =)

  5. cantik dan comel gambar-gambar tu


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography