Posted by : fandi Isnin, 9 Mei 2011

perjalanan menaiki feri dari pelabuhan melaka ke Pulau Bengkalis memang menyeronokkan. ditambah pula boleh melepak di atas feri sambil menikmati pemandangan laut yang luas terbentang..

riak -riak air dari enjin bot kadangkala melekakan.


ayah saya sedang khusyuk menikmati pemandangan indah dari atas feri. Alhamdulillah air laut pada hari tersebut sangat tenang jadi feri tidak banyak bergoyang. jadi tidak lah rasa mabuk laut =)
kerusi siap tersedia untuk melepak di atas.

langit pada waktu tersebut sangat cerah dan biru.


bila dah penat berada di atas kami pun masuk ke dalam feri semula. terpandang pada tingkap feri titisan air laut yang melekat di tingkap membuatkan saya ingin merakamnya. perjalanan mengambil masa hampir 2 jam sebelum sapai di perairan Pulau Bengkalis. tapi terpaksa duduk dalam feri selama sejam lebih kerana air surut dan feri tak boleh nak mauk ke dalam pelabuhan.

sampai di daratan kami menaiki motosikal untuk ke Tenggayun yang mengambil masa selama 2 jam lagi. waktu tu dah malam jadi tak dapat nak rakam apa-apa. dengan keadaan tiada lampu jalan dan sangat gelap memang tiada apa yang boleh dirakam =(

namun ia adalah pengalaman perjalanan yang sudah lama saya tidak nikmati.. akan bersambung part 2 nanti =)


3 Responses so far.

  1. wah bestnya..perjalanan yg menyeronokkan..sya pun dah lama tidak menikmati pengalaman perjalanan spt tu..rindu zaman kecil2 dulu :)

  2. A FUN DEE says:

    Nurr: memang best.. teringin nak pegi lagi.. masa singkat sgt.. tunggu part2 yang lain ye.. byk nak post ni pasal journalism =)

  3. seronotnye.....tgk gambo pun jadi lerrr...


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography