- Back to Home »
- informasi , my gear »
- Informasi- Percubaan Lensa 85mm f1.4 Rokinon/Samyang ( Pentax K10D)
Salam semua.
entry kali ini berkenaan percubaan saya menggunakan Lensa Potret 85mm f1.4 jenama Rokinon yang dibuat oleh syarikat Lensa 'Third Party' di Korea di atas nama Samyang dan diedar dalam pelbagai jenama lain seperti Rokinon, Falcon, Bower, Vivitar, Bell & Howell dan sebagainya. Namun pada dasarnya ia diperbuat dari syarikat yang sama iaitu Samyang. Saya telah mendapatkan satu "copy" atas jenama Rokinon. lensa ini merupakan lensa potret MANUAL iaitu memerlukan kita fokus secara manual. lensa ini merupakan lensa potret yang mempunyai jarak fokus yang sangat bagus untuk merakam potret kerana ia menghasilkan "Bokeh" yang sangat menarik. Lensa ini dicipta untuk kamera bingkai penuh atau "Full Frame" akan tetapi apabila digunakan pada kamera APS-C maka jarak fokus akan menjadi ( 85 x1.5 = 127.5mm ) untuk kamera Nikon dan Pentax manakala untuk kamera Canon ( 85 x 1.6 = 136mm).
secara peribadi saya lebih kepada fotografi "aperture besar" kerana saya menggemari gambar yang "Bokeh". secara ringkasnya lensa ini sesuai untuk merakam potret namun memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan fokus manual dan memerlukan kita melatih mata untuk melihat dengan lebih tajam. lensa yang mempunyai "autofocus" berharga 4 kali ganda lebih mahal daripada lensa manual ini, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad atau lebih suka bereksperimen dengan manual fokus.
diharapkan entry kali ini memberikan sedikit informasi tentang lensa 85mm.
sekian terima kasih.
mencabar la manual focus-memang bokehlicious:)
kak ummi: yep memang mencabar.. tp kalau untuk kegunaan merakam potret xda masalah guna manual fokus sebab subjek kita yang kawal. yang penting bokeh :)
aaah bagus kali foto mu Dzul ^^.
salam, nk tanya lens haraga brape ye?n bli katne? thanks