J.O.M (Jom Outing Malaysia) bersama noorizam sabran di Putrajaya

sabtu (12.06.10) lepas saya ke Putrajaya untuk mengikuti satu sesi Outing fotografi yang dianjurkan oleh seorang fotografer profesional iaitu encik Noorizam Sabran.

beliau merupakan fotografer yang berpengalaman dalam bidang fotografi dan selalu bekerjasama dengan fotografer-fotografer terkemuka yang lain seperti Ikram Ismail (wedding photographer) dan affandi abd hamid .


dalam outing tersebut beliau banyak mengajar tentang asas-asas fotografi. beliau amat menekankan betapa pentingnya kita memahami asas fotografi seperti shutter speed, aperture, iso, komposisi,framing dan lain-lain. dengan hanya mengetahui asas fotografi kita boleh menghasilkan gambar yang baik. saya mengenali beliau sejak berada di penang. beliau memang tidak kedekut ilmu dan sedia berkongsi ilmu bila-bila masa.





antara peserta-peserta yang turut serta..ramai( saya yang paling kanan)

JOM merupakan aktiviti jelajah encik noorizam ke serata Malaysia. jelajah ini merupakan jelajah PERCUMA bagi sesiapa yang ingin menyertainya.. boleh mengetahui tentang JOM melaui laman web beliau di noorizamsabran.com.

sedikit tips. jangan malu untuk bertanya kepada seseorang yang sudah berpengalaman dalam bidang fotografi. jikat tidak kita akan rugi. malah dalam belajar apa-apa sekalipun kita perlu rajin bertanya =)





Isnin, 14 Jun 2010
Posted by fandi

fotografi aksi ( action photography)

salam semua.. hari ni saya akan berkongsi tentang apa itu fotografi aksi atau bahasa orang putih nya "action photography"

bila bercakap tentang aksi pastinya sesuatu pergerakan berlaku. jadi fotografi aksi sebenarnya merakam pergerakan tersebut.

terdapat beberapa teknik fotorafi aksi dan yang paling popular antaranya adalah PANNING..
panning atau dalam bahasa malaysia "menjejak" adalah merakam pergerakan sesuatu subjek yang masih dalam pergerakan contohnya kereta, motosikal, pelari 100 meter dan sebagainya. semasa merakam gambar tersebut subjek utama akan berada dalam fokus manakala latarbelakang akan kabur disebabkan oleh pergerakan tersebut.




panning memberikan impak pergerakan yang menunjukkan subjek berada dalam pergerakan disebabkan oleh latarbelakang yang kabur. cara-cara membuat panning adalah:

1) boleh guna Mode Shutter Priority atau manual
2) gunakan shutter dalam lingkungan 1/40 - 1/60 
3) guna aperture yg kecil atau sederhana ( f5.6 - f8 ) dan iso yang rendah (200-400)
4) gunakan mode CONTINUOUS FOCUS ( baca manual untuk mengetahui bagaimana untuk tukar)
5) fokuskan pada kenderaan yang bergerak dengan mengikut pergerakan kenderaan tersebut semasa fokus.
6) tekan shutter semasa masih dalam pergerakan atau semasa sedang fokus.
7) praktik selalu dan cuba2 setting sehingga dapat =)

setting yang saya cadangkan diatas mungkin berbeza dengan setting yang anda gunakan mengikut keadaan. gmbr diatas saya rakam semasa waktu petang iaitu dalam lingkungan 6 ptg ke atas. jadi cahaya agak kurang. jadi setting mungkin berbeza sedikit jika anda menangkap gmbr semasa tengahari.

selain panning terdapat juga kaedah lain yang dipanggil FREEZE atau memberhentikan atau membekukan pergerakan. membekukan pergerakan kadangkala memberikan impak yang sangat menarik.. kita boleh melihat keadaan semasa subjek tersebut diberhentikan dari pergerakan:


rakan sekelas saya membuat aksi lompatan

kucing saya sedang melompat =)

cara untuk memberhentikan subjek yg bergerak adalah dengan menggunakan shutter speed yang pantas ( contohnya 1/500) dengan itu subjek akan berhenti. saya menggunakan mode: Shutter priority iaitu kita hanya mengawal shutter speed dan aperture serta iso akan dikawal oleh kamera.

tetapi jika anda menggunakan flash, untuk maklumat anda flash kamera hanya akan menyala jika shutter speed berada si bawah 1/180 atau 1/200 bagi sesetengah kamera. lebih daripada nilai tersebut flash tidak akan menyala.. ini dinamakan SYNC SPEED.. iaitu kelajuan maksimum shutter untuk membenarkan flash menyala..mungkin bahagian akhir ini lebih kepada teknikal tetapi secara amnya semua kamera adalah standard. penggunaan flash juga membantu memberhentikan pergerakan.

jadi harap entry kali ini memberi sedikit pengetahuan dan membantu anda dalam memperkembangkan kemahiran fotografi.

sampai ke lain masa kita jumpa lagi untuk entry akan datang =)

ON!!

p/s: jika blog ini membantu anda sila kongsikan pada rakan-rakan dan boleh mengisi email di ruangan subscribe untuk mendapatkan update terbaru terus memalui email.



Sabtu, 12 Jun 2010
Posted by fandi

Guna latarbelakang (background) yang ringkas dan kemas

salam semua..apa khabar? bagaimana dengan prestasi fotografi anda? harap-harap ia blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam meningkatkan prestasi fotografi anda =)

ok tajuk entry pada kali ini berkenaan dengan latar belakang sesuatu gambar. untuk pengetahuan anda, latar belakang sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menentukan gambar kita bagus atau tidak.. bagus dalam segi maksud mesej yang kita hendak sampaikan pada pada orang lain melalui gambar kita akan dapat difahami. dengan kata lain subjek utama ditunjuk dengan jelas tanpa gangguan latarbelakang yang serabut.


contoh gambar diatas. dalam gambar tersebut saya ingin menunjukkan gambar lensa kamera saya. akan tetapi kemungkinan pemandangan anda akan terganggu disebabkan oleh latarbelakang yang serabut dan tidak kemas. jadi gambar di atas gagal untuk memfokuskan subjek utama kerana latar belakang yang tidak kemas. jadi cara untuk mengatasi masalh tersebut adalah dengan menggunakan latar belakang yang ringkas dan kemas seperti gambar di bawah:



berbeza seperti gambar pertama, saya menggunakan latarbelakang putih yang kemas dan ringkas dan tanpa gangguan. jadi saya dapat menonjolkan subjek utama saya dan mesej yang saya hendak sampaikan adalah sebuat lensa kamera. orang yang melihat akan hanya melihat pada subjek utama dan tidak diganggu oleh latar belakang kerana latar belakang adalah kosong dan ringkas. kaedah ini banyak digunakan untuk fotografi studio untuk model, shoot produk jualan internet dan sebagainya.

setting yang saya gunakan sangatlah ringkas. oleh sebab subjek saya adalah bersaiz kecil maka latar belakang yang saya gunakan adalah sekeping kertas A4 putih. dan pencahayaan bagi gambar tersebut saya hanya menggunakan lampu bilik saya yang sedia ada.


disini saya hanya membincangkan tentang latarbelakang bagi gambar. untuk pencahayaan bagi shoot produk dan sebagainya akan saya bincangkan di entry akan datang. jadi selamat mencuba ok =)

sedikit nasihat untuk anda: anda perlu banyak praktik untuk menghasilkan gambar yang baik. sememangnya tiada benda yang mudah dan mengambil masa yang cepat untuk kita kuasai. jadi perlulah kita praktikkan apa sahaja yang kita telah pelajari. ilmu tanpa amal adalah sia-sia. jadi selamat beramal =)   


p/s: jika anda rasa blog ini bermanfaat anda boleh kongsi pada rakan-rakan dan untuk mendapatkan update terbaru terus dari email anda boleh subscribe dengan mendaftarkan email anda diruangan subscribe. =)
Khamis, 10 Jun 2010
Posted by fandi
Tag :

apakah Silhouette

Assalamualaikum
apa khabar semua? harap sihat.. di masa cuti sekolah ni boleh la mengajak anak-anak anda berfotografi. disamping dapat mengeratkan sillaturahim. ia juga dapat mengelakkan diri anak-anak anda dari terjebak ke perkara yang tidak baik =) ok mari kita teruskan topik pada entry kali ni..

Silhouette merupakan sejenis teknik fotografi yang merujuk kepada subjek dalam keadaan gelap atau hitam dan hanya menampakkan "outline" atau bentuk subjek tersebut tetapi tiada rupa sebenar yang jelas. contoh gambar Silhouette adalah seperti berikut:






cara untuk menghasilkan gambar Silhouette adalah dengan meletakkan subjek di hadapan SUMBER CAHAYA. seperti gambar di atas "background" gambar adalah waktu matahari terbenam. dengan meletakkan subjek dihadapan matahari ia secara langsung akan menghasilkan bayang-bayang pada tubuh subjek atau model. sebagai fotografer pula kita tidak perlu guna lampu denyar (flash) untuk menghasilkan Silhouette supaya bayang-bayang yang terhasil pada tubuh subjek atau model akan dirakam.

gunakan shutter speed yang pantas ( gmbr diatas saya guna 1/250) dan aperture yang kecil ( gambar di atas saya guna f9) dan iso yang rendah ( iso 100 bg kamera saya). namun anda boleh mencuba sehingga dapat. tidak semestinya setting yang saya guna untuk gambar diatas akan sama dengan anda.. jadi selamat mencuba ok. =)

Silhouette bukan sahaja untuk model manusia. boleh juga diaplikasikan untuk tumbuhan, haiwan dan apa-apa juga benda yg boleh menghalang cahaya:








selamat mencuba ok.. banyakkan berlatih. dengan hanya memahami asas fotografi seperti aperture, shutter speed dan iso kita boleh hasilkan gambar yang menarik..

ON!!

p/s: jika anda rasa blog ini berguna sila kongsikan pada rakan-rakan. ilmu untuk dikongsi. dan boleh follow atau mengisi email pada ruangan subscribe untuk mendapatkan update terbaru terus melalui email =)




Ahad, 6 Jun 2010
Posted by fandi

street photography

street photography merupakan sejenis fotografi yang mana kita menangkap gambar secara kandid di sekitar jalan raya atau sekitar bandar dan tempat-tempat menarik.. biasanya ia menceritakan keadaan REALITI sesuatu tempat. contohnya semasa saya berada di Pulau Pinang saya berjalan-jalan di sekitar georgetown dan menangkap gambar secara kandid di sekitar bandar bersejarah georgetown..

rakan-rakan yang turut bersama saya: ijam, baim dan JJ










gambar-gambar di atas boleh menceritakan suasana malam di sekitar Georgetown dan kehidupan.. sebenarnya apa yg kita lakukan dalam street photografi adalah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di jalanan melalui GAMBAR.. jadi kaedah KANDID adalah kaedah yang paling sesuai.. kita boleh menggunakan LENS yang mempunyai PANJANG FOKUS yang panjang seperti lens 70-300mm. jadi dengan itu subjek tidak akan perasan semasa gambar ditangkap..macam ala-ala spy la.. so itulah KANDID =) 
Sabtu, 5 Jun 2010
Posted by fandi

histogram

apa itu histogram? histogram secara mudahnya merujuk kepada graf exposure( dedahan cahaya ) yang berbentuk seperti banjaran gunung. penerangan saya tidak akan pergi secara teknikal. hanya konsep mudah sahaja.

histogram bertujuan untuk kita periksa gambar yang kita tangkap. kadang-kadang kita dapati pada skrin LCD kamera kita, kita lihat gambar kita OK. tp bila kita pindahkan ke LAPTOP dan kita lihat gambar kita UNDEREXPOSED atau OVEREXPOSED.

nasihat pertama: JANGAN PERCAYA PADA SKRIN LCD kamera kita.

skrin LCD kita boleh laras terang dan gelap supaya kita mudah untuk melihat. tetapi ia tidak memberi kesan pada gambar. jadi bagaimana kita nak tahu gambar kita berada dalam exposure yang betul adalah dengan menggunakan histogram.

bentuk histogram adalah seperti dalam gambarahah di bawah :

kita hanya perlu pastikan secara puratanya graf tersebut berada di TENGAH-TENGAH.. saya ulang sekali lagi PURATA.. 

jika histogram menunjukkan graf mengunjur ke sebelah kanan maka gambar kita adalah OVEREXPOSED ( terlebih cahaya/terang) dan jika ini berlaku kita perlu laras dengan MELAJUKAN shutter, atau MENGECILKAN aperture ( nombor f besar), atau MERENDAHKAN nilai iso. laraskan salah satu supaya graf histogram berada secara PURATA di tengah-tengah.

sebaliknya jika graf mengunjur ke sebelah kiri seperti gambar ke-3. maka gambar kita adalah UNDEREXPOSED ( kurang cahaya/gelap) maka kita lakukan yang sebaliknya iaitu MEMPERLAHANKAN shutter, atau MEMBESARKAN aperture (nombor f kecil), atau MENINGGIKAN nilai iso. laraskan supaya graf histogram berada di tengah-tengah secara PURATA.

untuk mengetahui cara untuk kita lihat histogram pada kamera kita sila BACA MANUAL KAMERA sepenuhnya!! =)

ok itu sahaja tips pada kali ni.. jangan lupa praktik ok =)

p/s: sila tinggalkan komen di ruangan ini untuk sebarang pertanyaan. mungkin pertanyaan anda menjawap pertanyaan orang lain jugak..sama-sama kita belajar ok? =)

Jumaat, 4 Jun 2010
Posted by fandi
Tag :

bagaimana hendak dapatkan langit biru?

pernah tak jika kita guna mode auto dan bila kita tangkap gambar contohnya gambar lanskap pantai, kita dapati langit biru pada pantai tersebut tidak biru pada gambar kita?

sebenarnya mudah sahaja. pertama sekali kita kena faham fungsi asas kamera kita iaitu ISO, SHUTTER SPEED, dan APERTURE. anda boleh baca tips tersebut di SINI

seeloknya guna ISO yang PALING rendah. pada kamera saya ISO yang paling rendah adalah 100. kemudian setkan APERTURE antara f8 sehingga f22. sebagai contoh  f16. perlu diingat semakin besar no f semakin kecil bukaan aperture dan semakin kurang cahaya masuk. jadi kita perlu balance semula dengan shutter speed yang perlahan.  gunakan SHUTTER SPEED yang sesuai supaya meter cahaya yang seperti dalam kotak merah dibawah menunjukkan pada 0:


tujuan meter ini digunakan adalah untuk mendapatkan 'exposure' (dedahan) yang betul pada gambar anda. gambar anda tidak akan 'overexposed'( terlebih cahaya/terlalu terang) atau 'underexposed'(kurang cahaya/gelap). namun topik meter cahaya akan saya bincangkan pada entry akan datang untuk mengetahui dengan lebih "detail"..




gambar di atas saya gunakan aperture f9,iso 100, dan shutter speed 1/200

jadi selamat mencuba ok. tidak semestinya setting yang saya gunakan untuk gambar di atas akan sama dengan setting yang anda gunakan. ia mungkin berbeza. cuba laras sehingga anda dapat. CUBA!!

kesimpulannya, guna aperture antara f8 dan ke atas, iso yang paling rendah dan akhir sekali laraskan shutter speed sehingga bacaan pada meter cahaya terletak pada 0. semasa melaras pastikan lensa anda sudah menghala ke arah subjek.

sebarang pertanyaan boleh  tinggalkan komen di bawah entry ini supaya orang lain juga boleh belajar =)..

p/s: jika anda rasa blog ini berguna sila langgan blog saya dengan memasukkan email di ruangan subscribe untuk mendapatkan entry terbaru terus ke email anda..

Rabu, 2 Jun 2010
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography