tema gambar anda/mesej tersirat

salam semua pembaca.. harap semua sihat.. ok sudah sedia untuk entry terbaru ni? =) ok mari saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan tema gambar atau mesej tersirat dalam gambar..

kadangkala kita boleh ceritakan sesuatu pada gambar kita.. gambar kita tidak akan memberi makna jika tiada tema atau mesej tersirat. contoh tema yang saya maksudkan adalah seperti kegembiraan, hubungan, kekeluargaan, kebudayaan, alam sekitar, kasih sayang dan sebagainya.. kita boleh aplikasikan tema-tema tersebut dan pastinya gambar kita akan memberi makna atau MOMENT kepada mata orang yang melihat..

gambar ni menerangkan tentang keunikan alam sekitar, flora dan fauna,
elemen garisan dan kekuasaan Allah. itu bagi saya dan bagi anda mungkin tafsirannya berbeza=)


tema gambar ini sungguh mudah iaitu full sunset dan kebesaran Maha Pencipta =)


gambar ini menggambarkan tema kehidupan nelayan dan hubungan manusia dengan haiwan.
gambar ini saya tangkap secara candid. 

fotografi sangat unik. kerana kita boleh cerita sesuatu melalui gambar kita tanpa menggunakan perkataan tetapi menggunakan gambar. jadi tetapkan tema atas mesej yang anda hendak sampaikan supaya gambar itu menjadi menarik dan memberi kesan kepada orang yang melihat.

selamat mencuba. tetapkan tema tersendiri atau cuba sampaikan mesej melalui gambar. =)

p/s: jika anda rasa blog ini berguna sila langgan blog saya dengan memasukkan email di bahagian subscribe untuk mendapatkan update terbaru terus ke email anda. atau boleh follow jika perlu.
Isnin, 31 Mei 2010
Posted by fandi

White balance

apakah white balance?

white balance merupakan setting pada kamera kita yang memastikan objek yang berwarna putih seperti kertas A4 akan PUTIH dan apa -apa sahaja objek putih akan putih di dalam gambar kita. kunci utama ketepatan warna dalam gambar kita berasaskan warna putih. jika warna putih menjadi putih dalam gambar kita maknanya warna-warna lain juga akan betul.

kadang-kala semasa kita mengambil gambar kita akan dapati gambar kita akan berwarna kebiru-biruan (blue cast) dan kadang-kala berwarna kekuningan ( yellow cast)

contoh gambar yang kebiru biruan. kita lihat cawan kertas putih itu berwarna biru. white balance setting adalah Auto.

jadi bagaimana untuk kita dapatkan WHITE BALANCE yang betul? seperti gambar di atas, white balance setting yg saya gunakan adalah auto. kita dapati auto white balance kadang kala memberikan warna yang tidak betul pada gambar kita. jadi bagaimana kita nak guna white balance yang betul?

jawapannya terletak pada SUMBER CAHAYA!!

kita perlu tahu apakah sumber cahaya yang menerangi kawasan tersebut. terdapat bebrapa sumber cahaya yang biasa didapati:
1) matahari
2) lampu Tungsten
3) lampu florescent
4) lampu denyar ( FLASH)
5) cahaya matahari yang terlindung ( SHADE)

apa yang kita perlu buat adalah mengenal pasti sumber cahaya yang menerangi kawasan/subjek tersebut kemudian kita set pada kamera kita mengikut sumber cahaya. jika kawasan tersebut menggunakan LAMPU FLORESCENT ( lampu kalimantang) maka kita setkan pada kamera kita white balance florescent dan seterusnya. kita akan dapat warna yang betul pada gambar kita.

jika terdapat percampuran sumber cahaya seperti ada lampu tungsten dan lampu florescent dalam satu kawasan, apa yang kita perlu gunakan adalah CUSTOM WHITE BALANCE. custom white balance menggunakan objek putih ( biasanya kertas putih) sebagai rujukan.

gambar di atas sebagai contoh jika kita nak guna custom white balance. kertas putih diletakkan pada subjek dan gambar ditangkap. kemudian pergi ke custom white balance dan menggunakan sebahagian warna putih kertas tersebut sebagai warna putih rujukan. anda PERLU baca MANUAL kamera anda yang akan menunjukkan cara membuat setting custom white balance yang betul mengikut model kamera yang anda gunakan.

selamat mencuba ok. sebarang kemusykilan boleh email saya. jangan lupa add saya di facebook =)

p/s: jika anda suka blog saya, sila langgan dengan memasukkan email dalam tempat yang disediakan di sebelah sidebar kanan untuk mendapatkan update terbaru terus melalui email anda.
Sabtu, 29 Mei 2010
Posted by fandi
Tag :

masukkan elemen seni dalam gambar

salam sume. apa khabar hari ni? harap semua sihat. ok entry pada hari ni akan menerangkan serba sedikit tentang elemen-elemen seni. apakah elemen-elemen seni?

elemen seni merupakan elemen-elemen asas yang membentuk sesuatu seni seperti garisan, tekstur, dan sebagainya. elemen-elemen ini sebenarnya kita boleh gunakan sebagai hasil seni fotografi tidak kira dalam apa jua bidang fotografi.

tekstur:

contoh gambar tekstur adalah seperti gambar diatas iaitu tekstur bentuk batuan sedimen. gambar ini saya ambil di Pantai Kelulut Terengganu. tekstur batuan tersebut sangat menarik kerana berlapis-lapis. anda boleh mencuba dengan tekstur lain seperti kayu, kulit pokok dan macam-macam lagi =)

garisan


gambar elemn garisan diatas menunjukkan garisan lurus dan melintang. anda boleh mencuba mencari gambar garisan bengkang bengkok dan sebagainya mengikut kreativiti anda.

simetri



simetri bermaksud jika anda membuat garisan di tengah-tengah gambar tersebut, kiri dan kanan bahagian gambar adalah seperti cermin.seperti gambar diatas. anda boleh mencuba mengambil gambar simetri lain seperti bangunan,tulisan, dan lain-lain. cuba untuk framing sebaik mungkin supaya anda mendapat simetri yang bagus tanpa perlu CROP gambar tersebut.
geometri


cari elemen geometri. seperti gambar diatas elemen yang ada adalah seperti garisan, entuk geometri heksagon dan bulatan. terdapat banyak elemen-elemen geometri yang anda boleh letakkan dalam gambar supaya ia menjadi menarik.

saya hanya menunjukkan beberapa contoh supaya ia boleh memberi idea kepada gambar-gambar anda pada masa akan datang. semoga ia memberi manfaat kepada anda. jadi selamat mencuba. =)

ON!!

p/s: jika blog ini membantu anda sila langgan blog ini dengan memasukkan email ke dalam ruangan sebelah kanan blog untuk mendapatkan update terbaru terus ke email anda. =)
Jumaat, 28 Mei 2010
Posted by fandi
Tag :

Guna flash semasa hari siang

salam semua.. apa khabar? harap-harap anda semua sihat. saya masih bercuti di rumah. jadi banyak masa untuk mengupdate blog ini.. =)

jadi entry hari ni adalah ringkas sahaja. tetapi ia mungkin membantu dalam menghasilkan gambar yang baik. GUNA FLASH SEMASA SIANG. pelik?? hehe sebenarnya flash bukan sahaja bertujuan digunakan semasa untuk keadaan kurang cahaya tetapi juga untuk digunakan semasa hari siang.

kenapa ia digunakan semasa hari siang?? hari yang cahaya terik seperti pada waktu tengahari menghasilkan bayang-bayang pada wajah subjek. dengan ini wajah akan gelap. susah tentu ia akan menjadikan gambar kita kurang baik.


sebagai contoh gambar di atas. anak buah saya sebagai model. nama dia fariez.. ok kita lihat mmg pada waktu ini cahaya cukup banyak dan terik tetapi ia menghasilkan wajah yang gelap disebabkan oelh bayang-bayang yang terhasil. jadi saya gunakan flash pada gambar di bawah dengan sedikit aksi =)



wajah anak buah saya kini semakin jelas dan flash juga dapat membantu dalam memberhentikan pergerakan yang pantas.

ok selamat mencuba. jangan dapat gambar yang gelap ye? sampai kita berjumpa lagi pada entry akan datang. 

p/s: jika suka pada blog saya sila langgan dengan memasukkan email anda di sebelah kanan di ruangan yang disediakan dan anda akan mendapat email bagi setiap update terbaru. =)

ON!!
Rabu, 26 Mei 2010
Posted by fandi
Tag :

10 nasihat untuk beginner

salam semua.. apa khabar? harap anda semua sihat dan senyum-senyum selalu okeh.. =)
hari ini saya akan menulis tentang beberapa nasihat yang mungkin berguna kepada anda dalam memulakan diri dalam bidang fotografi tidak kira sebagai seorang HOBBYIST  atau serius.. da sedia da? hehe ok kita mulakan:

1) baca dan fahami sepenuhnya MANUAL KAMERA anda!!

       kesilapan yang paling utama dilakukan oleh beginner adalah tidak membaca manual kamera dengan sepenuhnya. sebenarnya membaca dan memahami manual kamera adalah SUPER PENTING. kenapa saya tegaskan ia sangat penting kerana kita perlu tahu setiap fungsi kamera kita dengan baik. dan dengan itu baru kita akan dapat mengawal kamera kita dan mendapatkan gambar yang kita nak. dan kita juga boleh belajar fotografi dengan manual.. jadi sangat penting kita memahami dengan sepenuhnya manual kamera kita. bawa kemana sahaja jika perlu ketika outing dan sebagainya..

2) Gunakan MODE MANUAL

     gunakan mode manual. jangan takut untuk menggunakan mode manual kerana dengan menggunakan mode manual kita akan lebih faham dan melatih diri dengan keadaan dan setting kamera. jangan biarkan kamera mengawal gambar yang kita nak. KITA yang mengawal kamera kita supaya kita dapat gambar yang kita nak. jadi mula menggunakan mode manual.sekurang-kurangnya kita tau ape kegunaan Aperture, Shutter speed dan ISO..jangan biarkan kamera kita yang putuskan untuk kita.. KITA yang putuskan.. kita akan explore lebih dengan mode manual..

3) Asingkan subjek utama

   ini merujuk kepada apa yang kita nak tekankan atau tonjolkan dalam gambar kita.. jika kita nak tonjolkan subjek seorang wanita, kita perlu asingkan subjek-subjek lain yang mengganggu. photography adalah untuk menyampaikan sesuatu. jadi sampaikan dengan berkesan..belajar untuk mengasingkan subjek dengan benda lain yang tidak diperlukan dalam gambar kita SEMASA kita menangkap gambar tersebut. kita memang boleh mengasingkan subjek dengan benda-benda lain dengan editing tetapi dengan cara itu kita takkan jadi fotografer yang baik dan kita akan rugi banyak piksel. jadi mulakan belajar untuk mengasingkan subjek utama supaya subjek utama lebih menonjol.  zoomkan elok-elok. atau dekat kepada subjek supaya dapat gambar subjek kita menonjol.

4) belajar stail fotografer lain

   lihat stail fotografer lain dan pelajari dari mereka. tetapi bukan maksud meniru. dari situ kita akan dapat lihat apa sebenarnya stail kita dan apa yang kita suka.. ada stail fotografer lain yang kita suka dan tidak suka. jadi ambil yang kita suka dan buang yang kita tidak suka. lama kelamaan kita akan dapat mencari stail kita yang tersendiri. jadi banyakkan melihat hasil-hasil fotografer yang lain..

5) Jangan takut untuk mendapatkan gambar yang kita NAK!

   seorang fotografer mesti berani. jangan takut untuk mendapatkan gambar yang kita nak. sebagai contoh. jika kita nak menangkap gambar seorang wanita cantik dalam perjalanan ke sesuatu tempat kita jumpa dia dan minta kebenaran" cik boleh saya menangkap gambar cik?" jika dia setuju " U are the man!!" namun jika dia tidak setuju maka hormati kehendak subjek kita. jadilah fotografer yang menghormati dan kita akan dihormati. dan banyak contoh2 lain macamn nak panjat sesuatu benda tinggi untuk dpaatkan gambar yang kita nak.. PERGI!! beranikan diri..jika kita takut kadangkala kita akan terlepas sesuatu "MOMENT" yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup..kita perlu takut pada "tidak mendapat gamabr yang kita nak".. jadi " be a man!!" or "be a woman!!" =)

6) Dapatkan tripod

   tripod merupakan sebahagian dari badan kamera yang sepatutnya sentiasa ada.. tanpa tripod kita akan hilang keupayaan dalam menghasilkan gambar-gambar "LOW LIGHT" atau gamabr2 kreatif yang lain seperti slow shutter 10-30saat atau sepanjang malam seperti "star trail" dan semasa aliran air.kita xkan dapat gambar-gambar tersebut dengan memegang dengan tangan.gambar pasti akan kabur.. dengan tripod kita akan dapat melengkapkan gear kamera kita dan seni fotografi yang lain. jadi dapatkan sekurang2nya 1 tripod. ia sangat-sangat membantu kita untuk kita pergi lebih jauh dalam bidang fotografi.. GET IT!! =)

7) Dapatkan Lens aperture besar
  
   dapatkan lens aperture yang besar sebagai contoh 50mm f1.8. ini kerana lens yang aperture besar akan memudahkan kerja mengambil gambar dalam situasi kurang cahaya seperti dalam rumah atau bilik. ia juga menghasilkan kesan Depth of field yang cantik yang dapat mengasingkan subjek dengan latar belakang supaya subjek lebih menonjol.

8) peka pada keadaan sekeliling

   ini merujuk kepada keselamatan kita semasa mengambil gambar. peka pada keadaan sekeliling. jangan letakkan kita kedalam bahaya walaupun pada nasihat ke- 5 saya katakan kita kena berani tetapi berani dengan berakal. bukan berani tetapi mengabaikan keselamatan diri. jangan terjatuh gaung semasa bergerak ke belakang semata2 nak dapatkan angle yang cantik..mati sia-sia je nanti..jadi hati-hati semasa mengambil gambar dan peka kepada keadaan sekeliling =)

9) bebaskan diri semasa berfotografi

   bebaskan diri bermaksud jadilah diri sendiri dalam berfotografi. anda yang menentukan diri anda dan jenis fotografi yang anda hendak atau gambar itu yang anda hendak. jangan terlalu ikut kepada RULE.. memang rule atau undang-undang dalam fotografi ditetapkan untuk kita menghasilkan gambar yang baik tetapi bukan bermaksud kita perlu ikut bulat-bulat dan nilai kepuasan peribadi kita tak dapat. gambar itu baik dan cantik bila ANDA sendiri yang merasakannya cantik..jadi jagna takut kepada kritikan sebab setiap mata adalah berbeza.. cantik itu subjektif.. anda perlu dulukan apa yang ANDA RASA dan bukan orang lain yang menetapkan apa yang anda perlu rasa.. kita yang control gambar kita. kita yang nak gambar yang macam tu maka kita jadi diri kita.. bebaskan diri kita.. tangkap gambar dengan apa yang kita rasa.. be the man!! =)

10) kamera mahal bukan penentu gambar kita baik

   teknologi hanya memudahkan kita dan bukan penentu kepada gambar yang baik.. walaupun kamera kita kamera ENTRY LEVEL atau kamera KOMPAK. kita boleh menghasilkan gambar yang SUPERB jika kita ada ilmu. malah ia boleh menghasilkan gambar yang mengalahkan kamera yg berharga PULUHAN RIBU jika kita explore dan mencari ilmu tentang fotografi. istilah yang popular adalah " it`s not the camera but the man behind the camera".. be the man. jangan takut. kamera mahal atau murah tujuannya tetap 1 iaitu menghasilkan gambar. bezanya adalah diri kita sendiri.. so be the man!! =)
Isnin, 24 Mei 2010
Posted by fandi

banyakkan melihat gambar2 yang cantik dan pelbagai.

salam sume.. tips pada hari ni adalah mudah saje.. banyakkan melihat gambar yang cantik2 dan pelbagai. kenapa kita kena melihat gambar yang cantik2? sebabnya mudah sahaja. dengan melihat gambar-gambar yang cantik terutama yang dihasilkan oleh jurugambar profesional di negara kita atau di serata dunia kita akan dapat belajar dan mengambil idea-idea yang terdapat pada gambar-gambar mereka.

kita boleh meneliti gambar-gambar yang dihasilkan dari segi SENI(ART), ekspressi, komposisi, framing, tema gambar tersebut dan pelbagai lagi.. dengan tidak langsung ia dapat mengajar kita dan melatih kita belajar dengan melihat dan merasa dengan hati =)

sekarang ni dengan adanya kemudahan internet mudah untuk kita mendapatkan gambar-gambar yang menarik untuk dipelajari.

jadi mulakan melihat gambar yang menarik ok. ringkas sahaja entry hari ini.. kita jumpa lagi pada entry akan datang. senyum2 selalu =)

ON!!
Jumaat, 21 Mei 2010
Posted by fandi
Tag :

lawati flickr saya

entry kali pendek sahaja.. cuma nak mengajak anda sume melawat fllickr saya bila ada kelapangan.. sy byk upload gmbr di situ dan juga di facebook.. sila la add saya di facebook untuk mengenali lebih dekat ye..

http://www.flickr.com/photos/a-fun-dee/

untuk update akan datang saya akan update lebih banyak tips asas fotografi yang saya prolehi dari sifu2 saya dan juga memalui bacaan.. semoga berjumpa lagi..

ON!!
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography