- Back to Home »
- potret , tips »
- menggunakan cahaya semulajadi untuk merakam potret
Posted by : fandi
Rabu, 16 Jun 2010
salam semua..selamat kembali ke blog saya. =)
entry kali ini akan menerangkan tentang POTRET menggunakan cahaya semualajadi ( MATAHARI) yang merupakan sumber cahaya yang tiada tandingannya di muka bumi ini =)
kita boleh menghasilkan potret yang bagus jika kita tahu bagaimana untuk menggunakan cahaya matahari sebagai sumber cahaya dan juga mengetahui bila waktu yang sesuai untuk merakam gambar menggunakan cahaya matahari.
waktu yang sangat menarik untuk merakam gambar potret adalah apabila matahari berada condong di ufuk timur atau barat. atau secara mudahnya sebelum jam 9pagi dan selepas jam 6 ptg. waktu tersebut cahaya amat lembut dan menghasilkan gambar yang sedikit WARM atau kekuningan dan pastinya ia amat menarik untuk potret =)
selain itu juga ia menghasilkan kesan "side lighting" iaitu kawasan terang disebelah wajah model dan bayang-bayang di wajah yang sebelahnya..
gambar di atas saya rakam pada jam 6.30ptg. 2 gambar pertama adalah rakan saya iaitu abg shukur. beliau juga penggemar fotografi =)
dan gambar model wanita bagi gambar ke 3 merupakan blogger yang saya dan abg shukur jumpa semasa kami berada di lokasi dan sudi menjadi model untuk entry kali ini. terima kasih DYAN
gambar-gambar di atas bukan lah contoh gambar yang bagus dari segi komposisi. namun apa yang saya ingin tekankan adalah dari segi penggunaan cahaya semulajadi bagi tujuan merakam gambar. mungkin sedikit sebanyak akan memberi idea kepada anda yang baru mencuba merakam gambar. boleh guna kamera kompak atau dslr =)
selain dari waktu-waktu yang saya nyatakan di atas tadi, kita juga boleh menggunakan cahaya semulajadi untuk menghasilkan potret yang cantik dengan mendapatkan kesan side lighting di dalam rumah.
caranya adalah dengan merakam gambar di tepi tingkap rumah di mana cahaya masuk melalui tingkap dan menghasilkan kesan cahaya sisi..
cahaya sisi menghasilkan gambar 3 dimensi dan ia sangat menarik kerana di dalam skrin kita hanya boleh melihat gambar 2 dimensi tetapi dengan adanya kesan cahaya sisi kita dapat menunjukkan kesan 3 dimensi.
jadi selamat mencuba ok =) diharapkan entry kali ni memberi idea kepada anda untuk menghasilkan gambar potret yang terbaik.
ON!!
p/s: jika anda suka blog ini kongsikan pada rakan-rakan anda dan subscribe untuk mendapatkan entry terbaru terus melaui email =)
: ohh great ;) ur wlcome dear !
ala comeinye si kecik ni..