- Back to Home »
- tips »
- horizontal line
Posted by : fandi
Khamis, 2 September 2010
salam..
apakah yang dimaksudkan dengan horizontal line?
horintal line dalam gambar merujuk kepada garisan melintang yang terhasil dari garisan horizontal bumi atau dalam bahasa mudah permukaan bumi pada latar belakang gambar..
horizontal line amat mempengaruhi kualiti gambar yang kita rakam.. secara asasnya horizontal line perlu sekata dan tidak senget. jika ia senget maka tentu tidak menarik. sebagai contoh adalah seperti gambar di bawah ini:
oleh itu apa yang anda boleh lakukan adalah MEMASTIKAN horizontal line tersebut tidak senget. terdapat 2 cara untuk memperbaiki horizontal line:
1) semasa merakam
2) menggunakan software photo editor
saya lebih menggalakkan anda menggunakan cara pertama iaitu memperbaiki horizontal line semasa merakam gambar iaitu dengan cara memastikan garisan horizontal adalah sekata sebelum anda menekan shutter. jika anda mengalami gegaran anda boleh menggunakan tripod. mengapa saya lebih menggalakkan cara pertama?
ini kerana anda akan melatih diri anda supaya berfikir sebelum merakam. selain itu ia dapat memperbaiki skil dalam merakam gambar dan tidak terlalu bergamtung kepada software untuk memperbaiki gambar yang anda rakam.
horizontal line yang sekata amat memeri kesan terutama jika anda ingin merakam landskap, potret dan sebagainya..
selamat mencuba ok =)
ON
p/s: ini merupakan gambar yang saya gunakan pada header blog saya. saya edit menggunakan photoscape untuk membetulkan horizontal line tersebut. gambar ini dirakam oleh sahabat saya abg shukur ramali. anda boleh melihat perbezaan horizontal line yang betul dan yang senget. =)
baru tahu apa itu horizontal line.. terima kasih atas perkongsian...