- Back to Home »
- leica d-lux 5 , macro »
- snap2 guna kompak leica =)
Posted by : fandi
Sabtu, 30 Oktober 2010
salam semua..
bagaimana hari hujung minggu anda? harap2 adalah hendaknya aktiviti yang menarik disamping keluarga tersayang..
anda suka bunga? saya pun suka bunga.. bunga merupakan subjek yang tak perlu nak ditambah apa-apa alatan untuk dijadikannya menarik. memang Tuhan da jadikannya menarik. apa yang perlu dijadikannya lebih manarik adalah cara kita merakam =)
gambar-gambar di bawah saya rakam menggunakan kamera kompak tanpa diedit kecuali 1 gambar yang saya hitam putihkan latar belakangnya. yang lain-lain saya cuma resize supaya mudah di muat naik ke blog saya. secara peribadi saya menggemari warna yang dihasilkan. tone yang dihasilkan adalah lembut dan sekata.
mode yang saya gunakan adalah mode manual. tidak semua kamera kompak ada mode manual. jika anda ingin membeli kamera kompak sebagai kamera tambahan saya galakkan anda memberli yang ada mode maual kerana ia dapat menghasilkan perlbagai gambar yang tidak dapat dihasilkan dengan kamera kompak automatik.
bagaimana nak guna mode manual? tunggu keluaran ebook fotografi saya tidak lama lagi =)
ON
Datang tengok bunga.. (",)
luv da perpel 1..chantek...
waahh best nye.. patot laa en.afundee dan en.noorizam pakai kamera kompak leica..
hee cantiknya bunga2 ni... :)
nt dah keluar e-book tuh gtau ye!!
sy mahu!!! suka100x~~!!
thanks sume:
habibb: banyak lagi bunga kat sini =)
syiera: saya pun suka =)
cik namr: ebook dalam proses finalize.. dalam minggu ni akan di publish =)
akin: terima kasih =)
en.afundee, berapa lama ebook tuh?
sy nak..tp tgh pk lg...
ade termasok sekali x teknik cuci muka mcm en.noorizam buat tuh?
cik namr: ebook saya ni saya fokus pada teori dan teknik bergambar.. saya tidak campur dengan manipulasi.. tetapi kaedah cuci muka seperti ijam tu sangat mudah. insyaAllah saya akan share pada masa akan datang =)
ohh ok thx!! sy tunggu en.afundee share teknik itu dan mcm2 teknik lg.. thx!..
ohh ya ebook tuh sy ambil ms sikit sbb nak sistem kewangan merosot akibat banjir yg berlaku kat umah sy ;)