- Back to Home »
- tips »
- jangan buang gambar lama-manipulasi gambar potret lama
salam semua... harap semua sihat macam biasa.. selamat hari jumaat pada anda di Malaysia.. di sini masih hari Khamis malam. =)
ok entry kali ini adalah tentang gambar-gambar lama yang disimpan. sewaktu saya melihat gambar-gambar lama yang masih tersimpan di external hard disc saya, saya terjumpa gambar potret kanak-kanak yang saya rakam sebelum ini iaitu adik kepada rakan karib saya. adik tersebut bernama shuhada. waktu itu saya masih lagi baru dalam fotografi. jadi rakaman yang dihasilkan kurang memuaskan. namun apa yang kita boleh lakukan dengan gambar lama? jawapannya..
manipulasi!!!
di zaman serba canggih kini kita boleh mencantikkan gambar yang kurang memuaskan dengan menggunakan pelbagai perisian samada percuma ataupun berbayar. apa yang anda boleh lakukan dengan gambar-gambar lama adalah dengan memahirkan diri dari segi manipulasi. tidak rugi dengan mencuba pelbagai cara manipulasi. masa kini terdapat sumber yang mudah untuk belajar manipulasi secara percuma. sumber yang paling mudah adalah melalui Youtube dan lain-lain.
perisian yang saya gunakan untuk gambar-gambar dibawah adalah GIMP (click untuk download)
perisian tersebut adalah percuma dan menggunakan konsep yang hampir sama dengan photoshop. terdapat banyak tutorial tentang penggunaan perisian tersebut di youtube dan website-website.
mmg cantik aaa adik shuhada...
cantik lps buat manipulasi gambar :).
ziarah sini..
cantik dan comel adik shuhada ni.. (^__^)
salam.. ye mmg sangat comel.. mata dia bersinar.. tp ni gambar lama.. so klu ada gambar lama2 tu jangan dibuang.. jadikan bahan untuk belajar manipulasi..sekurang2nya bagi gambar tu nampak elok sikit =)
cantik dan comel gambar-gambar tu