Posted by : fandi Isnin, 15 November 2010


salam sume..
wah baca je tajuk mesti ingatkan saya macam pergi ke hutan rimba.. tapi sebenarnya hanyalah di zoo...hehe =)
ok tajuk entry kali ini adalah pasal wild life photography..

semalam saya ke Houston Zoo untk tujuan beriadah sambil merakam gambar. sudah lama tak keluar sebenarnya disebabkan kesibukan kerja di pejabat. namun semalam saya berpeluang ke Houston Zoo. perjalanan menaiki bas awam memang agak memenatkan. ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. tetapi akhirnya selamat sampai dan pulang, Alhamdulillah.

wild life photography merujuk kepada kita merakam gambar hidupan liar. jika diikutkan dengan tema wild atau liar bererti kita merakam di kawasan di mana hidupan liar itu hidup sebagaimana yang dilakukan oleh jurugambar National Geography. saya sangat mengagumi mereka. tetapi disebabkan kemudahan yang sudah sedia ada maka zoo merupakan pilihan terbaik =)

alatan yang perlu dalam merakam wild life semestinya DSLR dan telephoto lens ( 200mm ke atas ). ini bagi memudahkan kita untuk zoom subjek di jarak yang selamat. tidak dilupa juga tripod yang kukuh =)

tetapi jika di zoo, kamera kompak yang mempunya optical zoom yang jauh (10X ) juga boleh kerana biasanya haiwan-haiwan di zoo tidak bergerak pantas dan mudah untuk fokus.






















seperti yang anda boleh lihat saya banyak merakam gambar burung berbanding haiwan lain kerana saya amat meminati burung. dan burung amat sukar untuk dirakam dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia pantas bergerak dan cepat lari bila kita merapati.. jadi itu sebablah lensa yang boleh zoom jauh amat perlu. 

saya harap anda dapat enjoy entry kali ni. =)

ON



10 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    wah, cantik nyer.. sharp la gmbr2 nih.. yg buat k nani jeles bila gmbr2 ni guna telephoto. nnti blk m'sia k nani nk sewa blh..? ihik3..

  2. fandi says:

    kak nani: haha ni pakai tamron 70-300 je kak.. lens ni dah murah da.. dalam 5-6 ratus klu x salah.. kualiti agak bagus.. tp kena repair sikit2 sebab output dari lens ni agak soft.. so saya buat sharpening skit.. =)

  3. fiqkbe says:

    fiq pun suka wildlife fotografi =)

  4. lawa2..bile nak angkat tele ni..nak angkat wide dulu..pary bru pk sai tele ni..mmg cun gmbr2 bro..duk ampang ke.selalu ke outing..nti leh la roger2 sekali...dekat je kite ni

  5. cantik..cute je smua haiwan2 ni :)..bestnya ada telephoto lens :D.

  6. salam..
    first time nak nyebok kat blog nih. :)
    semat la gamba2 kat cni.kne menuntut ilmu lah.
    sy bdk bru beljr~

  7. fandi says:

    haidi: selalu gak outing.. tp skg kat luar negara.. blk nanti mmg nak aktif blk la.. dont worry.. dekat da tu..hehe

    nurr: beli jgn x beli.. =)

    ulfa: sila la baca.. blog ni untuk share ilmu.. =)

  8. fandi says:

    photographic: ngam =) yg pennting basic kena mahir.. lain2 sume teknik ngan peralatan tambahan macam telephoto lens..


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography