Posted by : fandi Selasa, 24 Mei 2011

di antara ke dua - dua gambar di bawah ( diambil dari entry lama) yang mana satu SUNSET dan yang mana satu Silhouette ?



jawapannyer terletak kepada bagaimana anda mengasingkan subjek utama anda... yang mana subjek utama dan bagaimana anda mengasingkan subjek utama supaya subjek utama lebih terserlah.. entry kali ini berkait rapat dengan CONTEST THE BEST SUNSET IN YOUR LIFE...

ramai yang kurang faham dengan apa subjek utama yang ingin ditegaskan... dan bagaimana anda hendak tahu apakah subjek utama dalam gambar-gambar anda?

caranya anda boleh lihat sendiri gambar-gambar anda dan apa yang paling menarik perhatian mata anda untuk melihat dalam gambar anda itu.. 

subjek mesti diasingkan dengan baik untuk menegaskan siapa atau apa subjek utama anda dan apa yang hendak disampaikan.. gambar yang ringkas mampu mengasingkan subjek utama dengan latar belakang atau subjek yang lain.. selain itu juga kelainan dalam gambar itu juga mampu memberi impak.. 

sebagai contoh gambar pertama, warna matahari yang berwarna oren terang dan lebih terang berbanding latar belakang  lebih memberi impak berbanding latar belakang yang agak gelap..jadi mata kita akan memandang terus kepada matahari tersebut berbanding yang lain terlebih dahulu...jadi gambar tersebut berjaya menegaskan bahawa matahari adalah subjek utama pada gambar pertama...

begitu juga pada gambar kedua.. Silhouette yang terhasil pada gambar tersebut memberi kontra dan perbezaan ketara dalam gambar.. jadi kita akan lebih memandang silhouette tersebut berbanding latar belakang yang agak kabur... jadi gambar kedua berjaya menegaskan subjek utama adalah silhoutte berbanding SUNSET...jadi sudah faham perbezaan subjek utama anda?

tips yang mudah adalah cuba merakam seringkas boleh dengan mengasingkan apa yang tidak perlu dalam gambar kita.. dengan itu kita akan dapat sampaikan apa yang ingin disampaikan..

 gambar pertama merupakan the best sunset yang saya perolehi.. saya rakam di PENGKALAN BALAK MELAKA sewaktu bercuti.. ia merupakan SUNSET PENUH pertama yang saya rakam.. hampir berbulan-bulan memburu sunset seperti ini kerana di malaysia cuada adalah panas dan lembab jadi untuk mendapatkan langit yang bersih tanpa berawan adalah amat sukar.. saya sukakan sunset kerana setiap kali memandang sunset saya akan terpegun dengan warna dan cahayanya..  terpegun dengan bukti dari Al Quran.. terpegun dengan janji Allah yang Maha Benar.. dan terfikir adakah nanti bukan Sunset yang akan dilihat tetapi matahari terbit dari BARAT?? Wallahualam... 


tugas anda sekarang adalah melihat kembali gambar anda yang dipertandingkan dan cuba fahami dan nilai sendiri samada gambar anda adalah sunset atau silhouette atau sebagainya...

pemenang akan ditentukan dalam masa terdekat.. masih menilai satu- satu gambar yang dipertandingkan.. ada yang melanggar syarat dan ada juga yang salah konsep.. namun tidak mengapa kerana kita semua belajar dengan kesilapan.. tidak perlulah berkecil hati bagi yang tidak berjaya kelak.. insyaAllah masa akan datang akan ada lagi CONTEST yang akan saya anjurkan =)

diharapkan agar entry kali ini dapat menjelaskan anda dalam menentukan subjek utama dalam fotografi..


jika da sebarang komen boleh diajukan kepada saya di ruangan komen.. saya amat menggalakkan anda bertanya di ruangan komen kerana mungkin persoalan anda juga merupakan persoalan orang lain dan jawapannya nanti mungkin membantu orang lain juga.. itulah tujuan blog afundee-photography.com diwujudkan.. =)

sekian terima kasih 

7 Responses so far.

  1. wow!! gambar sunset itu sangat awesome!!

    tengok balik gamba sunset saya, mcm takdak harapan la..

  2. kadang2 susah juga ye nak snap pic ni... kena kenal pasti subjek... kadang2 rasa itu dah subjek, tapi bila lihat kembali lain pula jadinya..hehe

    p/s: APO batal ye.. cik suami Kak Nida baru nak bagi emel bertanya lebih lanjut...

  3. d2z says:

    imho, kalau nk amek gambar sunset, kena ada point of interest..mcm dalam banner blog nih, point of interest dpt tgk dekat kerusi2 yg silhouettes tu (walaupon matahari tinggi lg waktu tu)

    maybe bleh tgk tips2 dekat sini
    http://www.digital-photography-school.com/how-to-photograph-sunrises-and-sunsets

  4. fandi says:

    wani: tq.. sila usaha lagi =)
    kak nida: insyaAllah akan diganti ke tarikh lain.. =)

    d2z: mungkin saudara dah terkedepan sedikit dalam ape yag saya nak sampaikan.. point of interest mmg penting.. akan tetapi walaupun ada banyak point of interest jika yang utama tidak dapat disampaikan maka kekuatan gambar itu tidak ada.. seperti yang saya katakan ia berkait dengan contest sunset.. ramai yang bermasalah dalam menyerlahkan subjek atau tajuk sunset.. jadi tujuan entry ini supaya nak menunjukkan betapa penting kita mengasingkan subjek utama supaya apa yang hendak disampaikan itu berjaya.. =)

  5. wahh..susah nak rakam moment sunset cenggitu..sampai ke gigi air..nice photo!! :)

  6. Thanks for the info bro it's all about the title (best sunset).. anyway bila hendak menilai photo berdasarkan tajuk adalah sukar kerana ianya terlalu subjektif. Ada betul juga info dari d2z regarding about point of interest.. subjek lain yang menyokong photo sunset tetapi tidak menenggelamkan main subjek (sunset) base on rule of third, setting and compo.

    Anyway you are the judge.. Tajuk The Best Sunset In Your Life.. It's all about sunset..

    Good info..
    Thanks A Fun Dee..

    p/s: just for references
    http://humblelens.blogspot.com/2010/06/when-night-fall-after-sunset.html

  7. fandi says:

    pang5_badol.. ye saya sangat setuju dengan pendapat dz2.. itulah masalah yang dihadapi iaitu terlalu subjektif.. itu sebab saya lebih suka straight forward.. point of interest itu adalah macam garam dalam nasi goreng.. kalau pandai ditambah maka nasinya akan sedap.. gambar yang menarik biasanya bila kita lihat secara langsung kita boleh tau yang mana subjek utama dan yang mana penambah perisanya... selain tu jugak saya menetapkan tema supaya ia tidak terlalu subjektif yang akan menyukarkan saya untuk menilai... dan nak uji pemahaman peserta untuk fokuskan apa yang hendak disampai.. dalam kes ni adalah sunset =)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography