Posted by : fandi Rabu, 11 Mei 2011

hari kedua merupakan hari yang paling banyak aktiviti.. disebabkan oleh masa yang singkat kerana pada keesokan harinya ( ahad) saya dah kena balik ke Malaysia semula, jadi pada hari kedua ( sabtu) segala urusan perlu diselesaikan. sambil-sambil tu saya merakam segala moment yang ada =)

part 2 lebih kepada persekitaran rumah dan sekitarnya.. dimana separuh dari diri saya berasal =)
ibu saya merupakan orang Indonesia. ini merupakan kampung asal saya. tetapi saya dilahirkan di Malaysia.. wah akhirnya sedikit demi sedikit asal anda tahu pasal saya... ini cuma untuk berkongsi.. ambil iktibar darinya ya =)


masih masak air guna kayu api..

 ini lah wajah atuk saya.. Alhamdulillah masih sihat walaupun umur dah 84 tahun.. masih mampu menjaga kebun dengan baik..walaupun kadang-kadang terpaksa merangkak.. rutin datuk saya setiap pagi dia mesti pergi jalan (berjoging) setiap hari.. selepas tu berkebun..sangat berdisiplin.. saya sangat kagum dengan dia.. 

lihat pisang yang atuk saya tanam.. sihat2 semuanya =)

tingkap rumah lama yang masih kukuh walaupun usang..

motor yang nampak nak runtuh tapi masih mampu memberi perkhidmatannya kepada tuannya. milik bapa saudara saya.

sebahagian saudara saya =)

yang ditengah tu mak usu saya.. buat pengetahuan pembaca.. saya tidak bertemu dengan dia sejak 14 tahun lepas.. agak terharu waktu berjumpa.. =(

moyang saya dan cicitnyer.. =)


juga sebahagian saudara saya di sana..dan byk lagi gambar tapi cukup rasanya untuk menggambarkan keadaan di sana =)

kehidupan di sana amat sederhana berbanding di negara kita.. walaupun sekejap ia byk mengajar saya erti kehidupan bersederhana.. air minuman pun tadah air hujan dan mandi pula mandi air perigi.. cukup sederhana..jauh dengan kehidupan mewah di kota yang saya alami sekarang.. Alhamdulillah Allah masih beri peluang pada saya untuk merasai kehidupan itu supaya ia menjadi ikhtibar pada diri saya untuk menghargai kehidupan tidak kira taraf..

part 2 ni merangkumi pada waktu pagi je.. akan bersambung nanti part 3 yang merangkumi waktu tengahari pulak ya =)

banyak nak cerita sebenarnya.. jadi tunggu part 3 pulak. =)

fotojurnalisme merupakan fotografi yang mana anda menceritakan sesuatu keadaan dengan gambar.. kadangkala tidak perlu pun teks atau tulisan yang panjang berjela.. cukup dengan gambar yang boleh menceritakan perkara yang ingin disampaikan... entry kali ini bukanlah sepenuhnya fotojurnalisme.. ia lebih kepada menceritakan pengalaman beserta gambar atau lebih tepat dokumentari.. 

diharapkan anada terhibur dengan entry kali ini.. jumpa pada part 3 pulak ye =)

sekian..

p/s: tepat jam 12 kontes akan ditutup.. penyertaan selepas waktu tersebut tidak dikira.. =)

3 Responses so far.

  1. pada saya ianya sungguh indah sekali...kamu amat beruntung kerana dpt mengenali keluarga dari sana..saya pula masih tercari2 susur galur dari Indonesia. memandangkan arwah atuk dan nenek sudah tiada...maka amat susah hendak saya mendptkan maklumat. Harap mrk semua sihat2 belaka.

  2. yangyuyu says:

    ooo begitu...

    bersyukur kita di msia hidup mewah aman damai kan..

    btw semua gambar best...and sungguh hebat:)

  3. Yuyun says:

    cerita dan gambar yg menarik!!


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography