Posted by : fandi Isnin, 20 Disember 2010

salam

wah panjangnyer tajuk kali ni.. =)
entry kali ini adalah berunsur nasihat untuk diri saya dan untuk pembaca sekelian.

di zaman digital masa kini memang sudah menjadi "trend" untuk kita "edit" gambar sesudah kita merakam. "edit" yang saya maksudkan adalah seperti membetulkan kecerahan gambar, garizan horizontal, "cropping" dan sebagainya. ia berbeza dengan "edit" untuk grafik dan sebagainya.

namun jika kita kaji semula tempoh kita edit gambar-gambar tersebut kadangkala lebih lama dari kita merakam gambar tersebut. satu gambar mungkin mengambil masa sehingga 10 minit untuk diperbaiki. bayangkan jika beratus-ratus gambar? mungkin masa yang kita gunakan untuk "edit" lebih baik digunakan untuk kita memperbaiki kaedah dan teknik fotografi kita supaya pada masa akan datang kita akan dapat gambar yang terbaik pada kali pertama kita merakam gambar tersebut.

jika kita mengharapkan kita akan baiki gambar kita kemudian maka sebenarnya kita tidak akan "improve" dari segi teknik. kita mungkin akan "improve" dalam "editing" tetapi apakah fotografi kalau bukan untuk mendapatkan gambar yang baik semasa merakam? kerana "editing" bukan lagi dinamakan fotografi tetapi "editing".

tidak salah untuk "edit" jika kita sudah mahir dalam fotografi dan untuk menambah baik gambar seperti potret dan sebagainya tetapi bukan untuk membuang masa untuk membetulkan kesilapan seperti kecerahan, white balance, "cropping" dan sebagainya yang kita boleh lakukan semasa kita merakam. masa itu emas jadi gunakan dengan sebaik-baiknya.

ia hanya pendapat peribadi saya dan mungkin bersifat subjektif bagi sesetengah pihak.. jangan ambil hati ya =)

sama-sama merenungkan. ia bukan sahaja untuk fotografi semata-mata tetapi apa jua dalam hidup kita. berusaha untuk dapatkan yang terbaik pada kali pertama dan tidak membuang masa untuk memperbaiki kesilapan di masa akan datang.

sekian

salam

ON

3 Responses so far.

  1. aku setuju sangat pandangan ko ni bro! :DD

  2. A FUN DEE says:

    saha: terima kasih.. ia cuma pendapat peribadi.. tetapi ada betul ada salah bagi sesetengah orang.. =)

  3. Syam says:

    Setuju! Walaubagaimanapun practice built improvement kan ;)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography