Posted by : fandi Khamis, 2 Disember 2010

salam semua.. saat yang dinanti-nantikan sudah tiba.. saya akan mengumumkan pemenang-pemenang bagi contest fotografi yang saya anjurkan. AKAN TETAPI!! keputusan adalah muktamad =)

namun sebelum tu saya nak huraikan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan TEMA KREATIF yang saya anjurkan. saya menerima banyak penyertaan namun secara jujurnya kebanyakannya tidak menepati tema kreatif. saya sengaja tidak memberitahu secara detail apakah kreativiti yang dimaksudkan sebab saya simpan untuk anda berfikir =)

kreatif bermaksud " apabila seseorang itu membuat sesuatu yang menarik atau baru dengan idea dari diri individu tersebut" iaitu dengan kata lain anda sendiri yang " setup" sesuatu subjek yang anda ingin rakam supaya ia kreatif bergantung kepada idea yang anda hendak sampaikan. maksud lain adalah menyampaikan idea melalui penciptaan sesuatu. contoh yang saya boleh bagi antaranya adalah seperti dalam entry saya yang lepas di SINI tetapi ia versi edited =)

dan saya juga menerima email mengatakan "kenapa tidak perlu edit? kalau tak edit macam mana nak kreatif?" tujuan saya membuat syarat demikian adalah kerana saya ingin anda berfikir bagaimana untuk menyampaikan sesuatu tanpa perlu dimanipulasi. selain itu saya inginkan keaslian. dan yang paling utama ia adalah pembelajaran untuk menilai diri dengan itu kita tahu tahap kita terutama dalam fotografi.

harap sekurang-kurangnya blog ini bukan sekadar blog bacaan tips semata-mata kerana saya ingin berkongsi dan dengan cara ini ia akan menghasilkan hubungan 2 hala =)

ok da panjang huraian saya. mesti tak sabar nak tahu siapa pemenangnya. yang tak memang jangan kecik hati ye. lain kali cuba lagi.

tempat pertama: blog freelance photographics


hadiah RM100 beserta ebook asas fotografi afundee 


hadiah RM70 beserta ebook asas fotografi afundee


hadiah RM50 beserta ebook asas fotografi afundee

tahniah buat pemenang-pemenang.
mesti ramai tertanya kenapa saya pilih gambar-gambar di atas? mungkin ada yang kata ianya tidak menarik. penilaian saya berdasarkan definisi kreatif, elemen teknik fotografi, idea dan penceritaan.

gambar 1

sandal biasa yang menjadi luar biasa.kenapa? sebabnya perakam menggunakan idea dan kreativiti dalam menyampaikan mesej tentang cerita yang ingin disampaikan dengan baik (sila baca cerita beliau di link), iaitu sususan yang ringkas tetapi mendalam, ditambah lagi komposisi cahaya matahari ditengah-tengah yang menghasilkan kesan silhouette yang menambahkan lagi impak kepada cerita beliau. framing yang ringkas dan ditambah lagi dengan kesan bayang-bayang sandal tersebut yang memberi " perasaan" pada gambar itu walaupun tanpa di "edit". penggunaan ruang positif dan negatif yang seimbang. dan mood yang menarik sesuai dengan cerita yang disampaikan. saya sangat tertarik dengan gambar tersebut dan ia menyampaikan dengan baik apa yang hendak disampaikan. tahniah kerana terpilih mendapat tempat pertama =)

gambar 2

beg dan jam? ada kena mengena ke? idea yang bagus dan unik. kombinasi yang jauh berbeza tetapi dengan sususan dan penggunaan ruang yang seimbang menjadikan ianya menarik. maksud yang ingin disampaikan adalah tentang persediaan perakam untuk menghadapi exam. masa sudah suntuk ( jam 12.30 pagi) dan sediakan apa yang perlu untuk hari esok ( siap-siap dalam beg) jadi sudah dapatkan apa yang dimaksudkan? walaupun di blog beliau tidak menerangkan secara terus tetapi mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan sususan yang ringkas tetapi kreatif dengan gabungan elemen warna yang perbagai dan latar belakang yang bersih. mesej yang bagus pula. kekurangan dalam penceritaan menyebabkan dapat tempat kedua =)

gambar 3

gambar ketiga bagi saya menarik kerana perakam pandai menggunakan latar belakang dan framing yang bagus ( rule of third). apa yang menarik pada gambar ini adalah perbezaan warna. ringkas dan menonjolkan model utama. perakam menggunakan daya kreativiti dengan sususan dan pengarahan yang berkesan dan memberikan mood pada gambar. pemilihan latar belakang merah tersebut sangat bijak dan ditambah dengan wajah model yang tidak memandang ke arah kamera menghasilkan " perasaan" pada gambar. cukup menarik walaupun dirakam menggunakan kamera henpon. disebabkan kurang penceritaan dan tidak letak watermark jadi dapatla tempat ke 3. tahniah.


komen2 pada gambar di atas banyak saya tonjolkan tentang penegasan kepada subjek utama, penggunaan latar belakang, framing dan komposisi. dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut kita mampu menyampaikan apa yang hendak disampaikan. 

fotografi bukan sahaja merakam gambar tetapi menyampaikan sesuatu melalui gambar. berjaya atau tidak sesuatu maksud yang hendak disampaikan itu bergantung pada bagaimana kita merakam dan kreativiti kita untuk menonjolkan mesej yang hendak disampaikan melalui gambar.

saya harap dengan kontes ini kita dapat belajar sesuatu tidak kira dari pihak anda atau dari pihak saya. insyaAllah saya akan menganjurkan kontes pada masa akan datang.

saya sangat mengalu- alukan sebarang komen membina agar blog ini menjadi perkongsian yang sihat dan bermanfaat. apa-apa cadangan boleh email pada saya di dzul3429@gmail.com  atau di ruangan komen =)

akhir kata saya harapkan kita dapat belajar sesuatu hari ini.

sekian 

ON

assalamualaikum

2 Responses so far.

  1. thnxs..alhamdulillah...

  2. afzan says:

    tahniah kepada para pemenang.. next time kalau ada contest lagi war-warkanla.. :)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography