Posted by : fandi Jumaat, 14 Mei 2010

apa yang kita tahu tentang shutter, aperture dan iso?


dalam fotografi ketiga-tiga elemen ini merupakan benda yang paling-paling asas dalam fotografi yang wajib kita tahu..
hal ini kerana ketiga-tiga elemen ini merupakan setting yang mengawal kamera kita untuk mendapatkan exposure gambar yang baik..

dalam bahasa yang mudah, shutter merupakan sejenis 'tetingkap' yang mengawal cahaya daripada masuk.. macam tingkap rumah kita tu.. =)

gambar kiri shutter laju dalam lingkungan 1/100s, gambar kanan shutter perlahan dalam 1/15s.
ehsan pakcik google.

semakin laju tetingkap ditutup maka semakin sedikit cahaya yang masuk. ia juga digunakan untuk memberhentikan pergerakan yang pantas seperti gambar di atas.  ok untuk part shutter ni saya harap anda dapat faham.

sekarang kita beralih kepada Aperture. aperture merupakan 'lubang' yang membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera. semakin kecil lubang itu semakin sedikit cahaya masuk. aperture diwakili dengan simbol f pada kamera. semakin besar no f semakin kecil saiz aperture. sebagai contoh f4 lebih besar dari f8. hanya terbalik sahaja. jadi jangan keliru ok =) . kegunaan lain aperture adalah mengawal Depth Of Field atau DOF. saya akan menunjukkan apakah dof..

diambil dari eviltaco.blogspot.com

dof merupakan tahap kekaburan bagi latar belakang dengan subjek utama.semakin dalam atau deep tahap dof semakin kabur.. ini dikawal oleh saiz aperture. semakin besar aperture( no f kecil) semakin dalam (deep) dof. gambar kiri menunjukkan tahap kekaburan yang deep kerana menggunakan f1.8 dan apabila menggunakan f8 kita dapati subjek utama dan latar belakang semuanya sharp disebabkan dof yang cetek atau shallow. senang cerita jika kita nak semua subjek dalam gambar kita sharp maka kita gunakan f yang besar dan begitu la sebaliknya jika kita nak fokus pada subjek kita dan latarbelakang gambar menjadi kabur maka kita guna f yang kecil.

kita beralih kepada ISO. iso pula merupakan sensitiviti sensor terhadap cahaya. semakin besar nilai ISO semakin terang gambar. ISO yang besar berguna untuk kawasan yang gelap yang mempunyai cahaya yang kurang seperti dalam rumah, bilik dan sebagainya.. namun penggunaan ISO yg tinggi akan menyebabkan gambar menjadi berbintik2 yang dinamakan noise. 


                        
gambar di atas kita boleh lihat dengan jelas dengan menggunakan iso yang tinggi gambar akan menjadi terang.. tetapi akibatnya gambar lebih berbintik bintik berbanding menggunakan iso yang rendah seperti gambar di kanan.. tetap kebanyakan kamera yang mahal yang mana walaupun iso yang tinggi digunakan namun gambar masih sharp dan kurang noise.. secara keseluruhan iso yg tinggi membantu dalam fotografi yang mempunyai cahaya yang kurang..

saya harap dengan sedikit penerangan ringkas bagi setiap bahagian dapat memberi sedikit pemahaman kepada pembaca.. kita jumpa lagi.. penulis sedang bercuti di rumah di melaka =)

ON!!



3 Responses so far.

  1. Habibb says:

    good,,good... selama ni ambik gambar, main belasah aje

  2. zazie. says:

    size aperture, f tu yang ada kat lens tu ke?

    eg:AF-S DX NIKKOR 55-300mm f/4.5-5.6G ED VR means dia punya f tu 4 la? camtu ke?

  3. A FUN DEE says:

    zazie: ye.. maknanya aperture paling besar yang lens tu ada adalah f4


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography