Posted by : fandi Sabtu, 19 Jun 2010

landskap merupakan pemandangan sekeliling kita tidak kira semulajadi atau buatan.. contoh semulajadi adalah pantai, hutan, gunung ganang dan sebagainya.. dan buatan pula adalah seperti bandar, rumah-rumah dan lain-lain.

untuk merakam gambar landskap kita perlu faham penggunaan setting yang betul.. saya lebih menyarankan anda guna mode MANUAL. kenapa manual?

kerana kita boleh mengawal ketapelajuan shutter, aperture dan iso mengikut kehendak kita.. tetapi kita perlu faham bagaimana hendak menggunakan ketiga-tiga setting asas tersebut..

apa yang penting dalam merakam landskap adalah penggunaan aperture yang kecil (nombor F besar) hal ini kerana lannskap memerlukan Depth Of Filed yang besar ( sila baca entry saya yang lepas mengenai asas penting)

kita memerlukan semua subjek dalam landskap tajam ( sharp)

jadi penggunaan aperture f8 dan ke atas amat digalakkan bagi mendapatkan emej lanskap yang sharp..

kemudian kita perlu mengawal cahaya. jika waktu tersebut adalah terang seperti tengahari maka penggunaan iso yang rendah amat penting bagi mendapatkan emej yang kurang noise dan lebih sharp. gunakan iso yang rendah seperti 100. jika cahaya kurang contohnya untuk merakam sunset maka tingkatkan sedikit iso dalam lingkungan 200-800. seeloknya guna yang terendah. perlu diingat semakin rendah iso semakin perlahan shutter speed. jadi penggunaan tripod amat membantu dalam merakam lanskap yang cahayanya kurang seperti semasa sunset..

dan akhir sekali adalah setting shutter. kita perlu set kan shutter speed kita sehingga bacaan meter cahaya berada di tengah-tenga ( menunjuk pada 0). shutter speed adalah setting yang paling akhir kita set. kadang-kadang shutter menjadi amat perlahan jika kawasan tersebut kurang cahaya. jadi gunakan tripod untuk mendapatkan gambar yang sharp..

















jadi selamat mencuba ok =)

p/s: saya kini berada di luar negara. mungkin tidak dapat untuk pos entry dalam masa terdekat ni.. =)



One Response so far.

  1. Habibb says:

    alamak bro, cara guna kamera pun belasah aje.. manual pun x paham.. Kureng masa la.. bg tips skit


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography