Posted by : fandi Ahad, 24 Oktober 2010

zaman digital masa kini nak manipulasi gambar tidak lagi menjadi masalah dengan adanya pelbagai software. antara yang paling digemari adalah PHOTOSHOP dan lain-lain. jika inginkan editing yang advance maka photoshop merupakan pilihan yang terbaik. namun jika inginkan editing yang ringkas dan cepat maka saya lebih memilih menggunakan photoscape =)

entry kali ni saya nak cerita tentang color curve pada photoscape. dengan menggunakan color curve kita boleh buat macam-macam dengan gambar kita. ok da ready? kita mulakan =)


saya menggunakan gambar di atas sebagai contoh. gambar pertama merupakan dalam ruangan editor photoscape. 


untuk mendapatkan color curve tersebut anda click pada anak panah di Bright,Color panel dan pelbagai pilihan akan terpampang. anda pilih color curve seperti yang ditunjukkan. atau cara lain anda tekan CTRL M dan ia akan terpampang secara automatik =)


lepas itu akan terpampanglah color curve editor seperti di bahagian kiri. terdapat 3 pilihan editor iaitu color, saturation dan luminance. saya akn fokus kepada color curve


kita boleh lakukan pelbagai kesan menarik pada gambar kita. jika anda tarik curve tersebut ke atas anda akan  dapat meningkatkan brightness gambar dan sebaliknya. =)

jika anda turunkan yang bahagian bawah curve tersebut ia akan ia akan meningkatkan warna. warna akan lebih pekat tetapi brightness gambar akan kekal kerana anda tidak mengubah bahagian atas curve. anda boleh cuba sendiri dengan bermain dengan curve tersebut untuk mendapatkan gambar yang anda ingini. di photoshop juga terdapat color curve dan hasilnya adalah sama kerana kedua-dua software menggunakan algorithm yang sama.


selain color cure anda boleh juga edit saturation gambar. dengan melengkukkan curve ke bawah anda akn mengurangkan saturation gambar dan warna gambar akan berkurangan. dan sebaliknya jika anda tarik ke atas =)

untuk luminance pula ia bertindak seperti cahaya tiruan. anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya ok =)

setelah anda berpuas hati dengan curve yang anda hasilkan anda boleh save curve tersebut dan boleh digunakan lagi untk gambar-gambar yang lain tanpa perlu mengubah curve tersebut. hanya perlu load curve sahaja.

apa yang menarik tentang photoscape anda boleh lihat preview serta merta setelah anda mengubah curve tersebut. jadi anda boleh tengok hasilnya dan mendapatkan hasil gambar yang anda inginkan. selamat mencuba ok =)

jika berminat dengan entry ini sila share dengan menekan butang FB di bawah ini ok =)

ON

3 Responses so far.

  1. salam..btl editing yg mudah guna photoscape ni,,tp saya x banyak explore lagi..kena cuba jaya ni :).

  2. fandi says:

    salam..selamat mencuba =)

  3. salam. bro, tolong tunjuk cara nak edit sharpness n wat watermark pakai photoscape boleh x? tq


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography