- Back to Home »
- tip: panduan beli kamera »
- kamera apa yang anda perlukan?
ramai orang tertanya- tanya apakah kamera yang sesuai terutama bagi yang mula2 hendak bergiat dalam dunia fotografi.
sebenarnya ia bergantung kepada tujuan korang sendiri.. adakah sekadar suka2.. atau ingin serius dalam dunia fotografi..
namun kadang2 dari sekadar suka-suka ia boleh menjadi sesuatu yang serius.. dan malah ada yang menjadikan fotografi sebagai kerjaya sambilan dan sepenuh masa..
untuk gambar2 biasa saya mencadangkan kamera kompak atau lebih dikenali sebagai point and shot kerana kamera ini hanya digunakan untuk menangkap gambar tanpa perlu setting yang rumit.. on sahaja kamera dan korang da boleh tangkap gambar..
namun kebanyakan orang masa kini beralih kepada DSLR.. kenapa dslr? dslr sebenarnya banyak kelebihan berbanding kamera kompak.. jika korang nak serius dalam fotografi maka dslr lebih sesuai.. ini kerana dslr boleh menghasilkan gmbr yang pelbagai.. ini kerana lens dslr boleh ditukar.. tetapi jenis2 lens pula bergantung kepada jenis fotografi yang korang minat.. ada yang minat potret.. ada yang minat macro dan lain2..
tetapi bagi permulaan jika korang berminat dengan DSLR beli la dslr yang ramai kawan2 korang guna dan mudah untuk dapatkan spare part.. kenapa perlu beli jenis kamera yang ramai kawan2 korang guna? sebabnya sebagai contoh jika kawan2 korang ramai yang guna canon atau nikon, jadi jika korang beli sama jenis brand kamera, korang boleh belajar dari kawan2 korang. so korang akan cepat belajar setting2 kamera tersebut..selain itu korang boleh tukar2 lens jika kawan korang mempunyai lens yang berbeza..
bagi permulaan pula eloklah korang beli kamera ENTRY LEVEL.. contoh2 kamera entry level:
1) nikon D5000
2) nikon D3000
3)canon 1000D
dan lain2.. biasanya entry level adalah direka bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada orang-orang baru (Newbie) tentang dslr dan jenis setting yang diperlukan untuk menangkap gambar dalam sesuatu keadaan.. kesemuanya akan ditunjukkan dalam setting kamera tersebut.. oleh itu ia memudahkan untuk newbie belajar..
oleh itu buat lah pilihan yang terbaik ok.. selamat datang ke dunia fotografi..
ON!
=)
kite pakai D3000 aje la bro. bajet ciput