Posted by : fandi Khamis, 29 Julai 2010

salam semua...

kali ini saya nak mengajak anda berbincang mengenai tips fotografi indoor. dalam kehidupan seharian kita banyak menghabiskan masa di dalam rumah atau di pejabat atau dalam bahasa mudahnya INDOOR. kadangkala moment2 yang penting berlaku semasa kita berada di dalam kawasan indoor. jadi terdapat beberapa teknik yang kita boleh lakukan untuk merakam gambar semasa indoor.

perkara utama yang perlu kita fahami semasa merakam indoor adalah kualiti cahaya. cahaya indoor biasanya kurang berbanding cahaya outdoor walaupun pada waktu siang apatah lagi waktu malam. jadi dengan itu biasanya sumber cahaya indoor terdiri dari lampu-lampu florescence, tungsten dan cahaya dari tingkap jika waktu siang..

selepas memahami kualiti cahaya kita perlu faham WHITE BALANCE yang perlu di set pada kamera. anda boleh baca entry tentang white balance di SINI

selepas  itu barulah kita beralih kepada tips indoor:

GUNA FLASH:

gunakan flash kerana ia membantu meberikan cahaya tambahan supaya kita dapat merakam dengan cahaya yang cukup. akan tetapi penggunaan flash perlu menggunakan kaedah-kaedah yang betul untuk merakam gambar yang menarik dan mendapatkan exposure yang betul. saya akan membincangkan penggunaan flash pada entry akan datang.

GUNA ISO TINGGI:

iso merupakan sensitiviti SENSOR terhadap cahaya. semakin tinggi nilai iso semakin sensitif maka semakin laju shutter.. apabila semakin laju shutter speed maka kebarangkalian untuk merakam gambar yang kabur berkurangan.. akan tetapi kekurangan meninggikan ISO akan menyebabkan gambar berbintik-bintik atau NOISE.. jadi perlulah bijak dalam menggunakan iso yang tinggi...

GUNA TRIPOD DAN TIMER:

tripod merupakan alat yang MESTI ADA pada seseorang fotografer.. hal ini kerana tripo sangat membantu dalam menghasilkan gambar yang SHARP pada kelajuan shutter yang perlahan. dengan adanya tripod kita dapat meletakkan kamera secara stabil. dalam hal ini TIMER kamera perlu digunakan. ini kerana semasa menekan kamera biasanya kamera akan bergegar sedikit akibat dari tekanan jari kita.. jadi dengan menggunakan timer kita tidak perlu menekan button untuk merakam gambar dan gambar yang dihasilkan adalah SHARP!!

ok itu serba sedikit tips bagaimana merakam gambar di kawasan indoor.

selamat mencuba ok =)

ON

One Response so far.

  1. themalin says:

    trima kaseh.. sgt berguna hehhehe ^__^


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography