- Back to Home »
- Jelajah »
- Jelajah minggu terakhir di dubai - burj khalifa
salam semua.. da hampir seminggu juga tidak pos entry baru.. maklum la agak sibuk dengan urusan kerja di UAE ni.. namun masih lagi saya berpeluang untuk menjelajah lagi ke bandar dubai. kali ni dapat berpeluang naik ke puncak bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. memang merupakan pengalaman yang saya tidak aan lupa kerana berada di atas menara yang sangat berprestij di dunia buat masa kini. saya sempat merakam beberapa gambar menarik sepanjang berada di sana. namun saya hanya pos beberapa sahaja yang terpilih untuk tatapan pengunjung blog ini. seperti biasa saya mengaplikasikan kaedah yang saya pernah beritahu sebelum ini iaitu simetri, geometri, landskap dan sebagainya. anda boleh merujuk entry2 yang lepas2 untuk mengetahui kaedah-kaedah yang saya praktikkan. dan dengan sedikit manipulasi daripada software photoscape saya menambah sedikit impak bagi menonjolkan warna dan daya penarik gambar-gambar tersebut.
special effect zoom kat gambar breakfast tu menarik!
afzan: saya bukan guna photoshop untuk effect tersebut. saya hanya guna shutter yang perlahan dan semasa saya tekan shutter saya pusingkan barrel lens saya dan hasilnya adalah seperti gambar tersebut =)
Wahhhh..jauh perjalanan....sempena kerja ke atau mmmg tujuan ke sana ambik gambar?...besar modal tu..hehehe...anyway.....nice shoot............
salam..
wah wonderful place, wonderful pic. Nice..teruskan perkongsian :).
Zalies: saya ke dubai sempena kerja.. belanja pasti besar jika pergi sendiri.. tapi klu berhajat rasanya berbaloi walaupun belanja besar =)
nurr: thanks.. mmg cantik tempat di sana.. =)