- Back to Home »
- outing , tips »
- outing broga 2 - natural light portraiture
Posted by : fandi
Selasa, 18 Januari 2011
salam semua
rancangan asal semasa di broga dalah untuk merakam sunrise. namun disebabkan oleh cuaca mendung pada waktu itu maka sunrise yang ditunggu-tungguu tidak kelihatan..
namun untuk pengetahuan anda semua, cahaya semasa hari mendung adalah sangat sesuai untuk merakam potret!
hal ini kerana cahaya matahari yang terang telah ditapis oleh awan dan ia menghasilkan cahaya yang lembut. awan seolah-olah telah bertindak sebagai diffuser yang besar. cahaya yang lembut menghasilkan warna yang natural dan lembut.
model cilik kali ini adalah adik dina. anak kepada abang iwan dari melaka ( baca entry lepas )
cahaya sisi menghasilkan kesan yang menarik dalam potret. anda boleh cuba sendiri =)
abg iwan pun turut menjadi model
sahabat saya iwan juga turut menjadi model. masih menggunakan kaedah side lighting dari cahaya matahari
apabila kita membelakangkan cahaya maka penggunaan flash adalah penting untuk mendapatkan gambar yang cerah pada wajah. jika tidak gambar latar belakang akan terang dan wajah akan gelap. jadi semasa hari siang juga flash amat berguna =)
sahabat saya hafizul dengan kamera filemnya. gambar ini dirakam menggunakan kamera kompak dengan setting black and white terus dari kamera.
sahabat saya badli yang berekspressi =P
close up wajah sahabat saya shahrizal dari melaka..
adik dina dengan tone cinematic ( baca tutorialnya di SINI)
dan badli bersama kamera LOMO DIANA -bagi kesan film sket =)
selain tips natural light saya selitkan sekali sedikit manipulation. kadangkala gambar yang kita rakam tidak nampak menarik dengan warna asal.. jadi dengan sedikit editing ia boleh menjadi menarik. jenis editing yang saya minat adalah black and white dan kadang kala cinematic tone.
diharapkan entry kali ini memberi anda sedikit idea dan ilmu tentang natural light photography.
sekian
fundee kenapa byk gambar xleh tgk ni
cun gambaq semua bro!
pakai 50mm?
shah: saya guna 35mm f2.4 untuk pentax.. kalau 50mm lagi cun =)