- Back to Home »
- leica d-lux 5 , tips »
- newborn - baby marissa 2 - tips pencahayaan ringkas
Posted by : fandi
Khamis, 27 Januari 2011
pada entry yang lepas saya ada cakap yang saya akan kongsikan bagaimana saya merakam gambar baby marissa.. disebabkan saya merakam dalam ruangan rumah maka cahaya yang ada pada waktu itu adalah cahaya lampu florescent dan agak tidak sekata serta malap.
jadi saya menggunakan 1 cahaya tambahan iaitu 1 speedlight dan 1 wireless trigger.
hasil gambar tanpa penggunaan flash. gambar agak gelap dan cahaya tidak sekata. dan memerlukan shutter speed yang amat perlahan untuk mendapatkan exposure yang baik.
gambar dengan menggunakan flash. gambar lebih cerah dan sekata dan warna lebih menyerlah.
gambar di atas menunjukkan bagaimana pencahayaan dilakukan. saya menggunakan 1 flash yang diaktifkan oleh 1 wireless trigger. dengan menghalakan flash ke atas iaitu ke arah siling putih maka cahaya yang dipantulkan oleh siling tersebut lebih luas dan lebih lembut. jika rumah tersebut tidak mempunyai siling putih maka anda boleh menggunakan cardboard putih sebagai ganti. kaedah ini juga amat sesuai digunakan untuk merakam mana-mana potret indoor dan produk.
selamat mencuba =)
thanks for the tips fundee..very useful
funde sy tak jumpa button older post