Posted by : fandi Jumaat, 7 Januari 2011


salam semua.

saya akan ke bukit broga di SEMENYIH SELANGOR pada 15 januari 2011 iaitu pada hari sabtu . sesiapa yang berminat nak sertai boleh SMS nama ke nombor 0134553504 sebab nak tahu berapa ramai yang nak ikut. kenderaan sendiri ya =)


rancangan fotografi di sana:
1) berkenal- kenalan antara satu sama lain.
2) berkongsi tips fotografi secara santai
3) menyihatkan badan dengan mendaki bukit.
4) merakam lanskap menarik dan matahari terbit =)
bagi yang tak tahu arah ke bukit broga sekurang-kurangnya tahu ke arah semenyih. sampai di pekan semenyih ada 2 petronas sahaja. tempat berkumpul adalah petronas no 2 iaitu di sebelah kanan jalan sebelum simpang ke bukit broga. apa-apa hal boleh hubungi saya terus ok =)
maklumat outing adalah seperti berikut:
tarikh: 15 januari 2011 ( sabtu)
tempat berkumpul: petronas pekan semenyih ( boleh solat subuh di sana )
masa berkumpul : 5.20 pagi 
pakaian: pakaian sukan dan berkasut sukan
lain-lain: bawa kamera, tripod, air minum, sarapan, payung ( kebarangkalian hujan )

apa-apa kamera pun boleh join. saya juga hanya menggunakan kamera kompak untuk merakam lanskap =)

tidak kira anda newbie atau sudah lama berkecimpung dalam fotografi boleh sertai.. hebah-hebahkan outing ni pada rakan-rakan ya? =)
sekian =)

2 Responses so far.

  1. yangyuyu says:

    nak kena warm up dulu nih:)

  2. ok maklumat diterima, jumpa di sana nti. Insha-Allah.

    btl kena warm up ni ummi. chaiyo2 ^_^.


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography